Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Nampaknya bersambung juga Perintah Kawalan Pergerakan sehingga ke 14 April 2020 nanti. Memang telah ku sangkakan memandangkan negara-negara lain pun melakukan perkara ini dalam tempoh panjang.
Apatah lagi bila pertambahan pesakit COVID-19 menyebabkan pihak kerajaan terpaksa melanjutkan tempoh kawalan pergerakan ini. Memang ramai yang merungut dan ramai yang menangis. Apataknya, ada yang hilang punca pendapatan dan pasti memberi kesan kepada kehidupan seharian.
Aku bernasib baik sebab aku dan isteri bekerja dalam sektor kerajaan jadi kurang terkesan tapi mereka yang bergaji hari pasti merasa perit. Tapi nak buat camne, memang itu yang terbaik perlu dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memutuskan rantaian penyakit ini dari menular.
Kalau terlalu sekejap mungkin akan menyebabkan lebih ramai yang terkena sekaligus akan terus merosakkan ekonomi masing-masing untuk tempoh panjang.

Meskipun pergerakan kita terhad tapi janganlah kita duduk, tidur dan makan sahaja. Masih ada banyak aktiviti yang boleh kita lakukan meskipun hanya dalam rumah sahaja. Aku ingin berkongsi sedikit aktiviti yang korang boleh lakukan di rumah ketika ini.
Kalau ada idea lain mungkin korang boleh kongsikan bersama ye..

1) Tambahkan ibadah. Lebihkan solat sunat, hajat, qiamulail dan sebagainya. Memang menyedihkan bila tidak dapat berjemaah di masjid/surau tapi itu tak bermakna ibadah kita perlu dikurangkan juga. Dirumah boleh dilakukan ibadah tersebut.
2) Membersihkan rumah. Inilah peluang terbaik untuk menukar rumah yang sebelum ini bersepah menjadi lebih teratur. Meskipun anak-anak ada dirumah tapi anda boleh mengerahkan mereka melakukan kerja-kerja tersebut. Ia juga boleh melatih anak kita untuk lebih berkemas.
3) Memasak. Kalau sebelum ni tak berkesempatan untuk memasak tapi pada tempoh ini bolehlah mencuba pelbagai resepi-resipi. Boleh je cuba resipi di https://myresipi.com/ Mesti lepas ni dah tahu nak masak apa kat rumah nanti.
4) Berkebun. Tak semesti ada kebun besar, boleh je cuba jadikan halaman rumah sebagai mini kebun. Tanam benda-benda yang simple je. Aku pun tengah mencari tanaman apa selain nanas yang boleh dijadikan sumber meluangkan masa.
5) Nak bersukan kat luar pada time ni memang tak boleh. Tapi kat rumah boleh je cari aktiviti sukan. Boleh je buat aktiviti senaman kat rumah yang sesuai dengan diri ek. Macam aku,tengah belajar juggling bola tapi agak sukar sebab ankle ada sakit sikit.
6) Basuh kenderaan. Kereta dah berapa hari tak basuh kan? Apakata dalam tempoh PKP ni boleh ambil masa basuh kereta. Sambil keluar peluh dapat juga menyayangi kenderaan yang banyak berjasa pada korang semua kan. Selain tu boleh juga tengok-tengok air bateri, minyak hitam dan sebagainya.
7) Buat kraftangan atau DIY. Aku ada kumpul botol-botol air mineral kat luar rumah tu. Tengah fikir apa nak buat pada botol-botol ni. Inshallah dalam dua tiga hari nanti aku cuba buat. Kalau korang ada idea boleh kongsi sikit.
8) Buat video Youtube. Korang yang follow blog ni mesti tau aku ada Youtube Channel. Cumanya korang tak subscribe kan? Jadi jomlah subscribe channel https://www.youtube.com/user/ligakampung/videos Semoga aku mampu jadi Youtuber berjaya nanti.
9) Membaca. Yang ni memang susah nak buat kan? Aku pun terkial-kial nak cari masa membaca apatah lagi dengan terpaksa jaga anak yang manja ni. Ada je ganggu… Tapi cuba lah cari masa yang sesuai untuk menambah ilmu.. Semoga masa kita tak terbuang begitu sahaja. OOo ye, korang pun bagus sebab membaca blog ni. Ada juga sikit ilmu korang dapatkan?
10)Menulis. Bukan sekadar menulis kat media sosial je tau? Tapi boleh mencuba menulis bahan-bahan ilmiah ataupun fiksyen. Kurang-kurang idea anda tu nanti boleh digunakan untuk menjana pendapatan. Aku jarang sikit buat tulisan pada PKP pertama ni. Mungkin sebab tak bahagi masa dengan baik. Inshallah untuk tempoh kedua ni aku nak buat satu mini cerpen.
Harap-harap berjaya hendaknya..
11)Buat lagu atau menyanyi cover. Aku memang tak boleh menyanyi tapi pernah cipta beberapa lagu. Kalau korang ada bakat menyanyi dan main gitar mungkin aku nak bagi lagu tu.. Mana tau boleh jadi lagu trending sehebat lagu Datuk ALif Syukri. Masyuk beb.
12)Tengok Bursa Malaysia. Bagi pemain saham, sekarang ni bukan masa yang cantik untuk masuk ke lapangan ni. Tapi ada juga yang boleh dapat untung ketika ini. Aku pun kadang-kadang menjengok juga. Study serba sedikit. Nak cuba up selepas asyik rugi je sebelum ni. Inshallah kalau sukses bolehlah aku kongsikan ilmu..
13)Share artikel ni.. Ala bukan susah pun korang boleh share link ni kat media sosial korang. Kurang-kurang dapatlah sikit expose blog ni…

Okay cukuplah 13 aktiviti yang korang boleh lakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan ni. Kalau ada aktiviti lain yang lebih berfaedah boleh korang kongsikan di ruangan komen ye.. #stayathome but don’t sleep je..

One Reply to “13 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.