Hari ini sedikit sibuk untuk persediaan Majlis Perasmian dan Ekspo Rumah Mampu Milik Peringkat Negeri Melaka 2015. Terkejar-kejar ke supplier, RGB Connection dan juga terpaksa berulang alik ke MBMB dan MPHTJ untuk mendapat kebenaran pemasangan banner.
Ye lah, sekarang ni nak pasang banner perlu dapat kebenaran sebab kalau tak, banner atau bunting akan dicabut. Tambah lagi kalau kena kompaun, lagi satu kerja pula nanti nak menjawab ngan pihak atasan yang akan menyalahkan aku si pemasang banner ni. Bagi mengelakkan itu berlaku, kenalah ikut prosedur walaupun antara Jabatan Kerajaan pun.
Memang ada pelbagai birokrasi dan ketidaksamaan peraturan antara PBT terbabit. Tapi kenalah layankan juga walaupun penat juga rasanya. Apatah lagi sekarang ni di Melaka ada peraturan tidak boleh gantung sewenang-wenangnya. Ada pro dan kontra peraturan ini tapi aku tak mampu ulas lebih lanjut kang ada yang kena panggil pula nanti.
Alang-alang tu, aku juga nak maklumkan kat korang yang ada di Melaka pada 20-22 November 2015 nanti, singgahle ke Mydin MITC sebab ada EKSPO Rumah Mampu Milik Negeri Melaka. Ada banyak pemaju yang datang mempamerkan rumah mampu milik yang dibangunkan di Melaka. Mana tau kalau ada yang berkenan, bolehlah korang sambar. Aku tukang pasang banner, jangan tanya aku mana rumah kosong pula ye.. Hahahhaa.
Belajar Coding PHP
Selain itu, minggu ni aku ada belajar sikit coding PHP. Coding untuk buat undian secara nombor. Kalau korang rajin baca blog ni mungkin perasan kononnya aku nak buat beberapa sistem kan? Sistem perumahan yang kurancang sedikit senyap. Baru-baru ni aku ada minta bantuan rakan vendor tapi walaupun katanya berminat tapi sudah senyap. Mungkin sebab takde ‘fund’ yang aku dapat bagikan.
Berbalik kepada apa yang ku pelajari, aku sedang buat satu sistem undi. Aku letakkan sementara di http://ligakampung.com/sistem_undi/insert.php. Ini masih asas je dan aku ada perancangan untuk letakkan sistem ini secara online apabila siap. Idea ini terhasil bila aku tengok sistem ‘alarm clock’.
Kalau sistem sebegitu pun boleh wujud di internet, tak mustahil sistem undi pun boleh diletakkan. Lagipun ia boleh membantu kalau ada pengguna nak buat undi seperti ‘cabutan bertuah‘, ‘cabutan pilih lot‘ dan sebagainya. Aku ada idea yang detail tapi mungkin ianya akan ambil masa sikit. Selain dari ilmu yang perlu ku kejar, aku juga perlukan sebuah laptop yang sesuai.Sekarang ni laptop dah agak uzur sikit kalau nak gunakan. Mungkin kalau ada modal lebih, aku nak je gunakan freelance untuk buatkan sistem ni.
Tapi elok aku buat sikit-sikit dulu sampai jadi dan boleh ku pasarkan. Nak cerita panjang pun tak boleh lagi. Cuma kalau korang ada yang pandai buat sistem dan nak join aku buat kerjasama, amatlah digalakkan. Semoga ianya menjadi.AMIN…
Ganti Spek Mata
Hari ini juga satu kejadian yang mendukacitakan. Tatkala aku menunggu untuk tengok perlawanan akhir Terbuka China 2015 antara Lee CHong Wei menentang Chen Long tak semena-mena aku terasa bunyi dibawah badanku. PRAK!! Sekali tangkai spek mata ku patah pula. Adoyai macam mana nak tengok game Lee Chong Wei ni. Nasib baik masa tu, baru perlawanan beregu wanita. Jadi ada beberapa game lagi sebelum perlawanan yang dinantikan tu.
Aku pergi ke kedai spek mata Axis Eye Wear di Jasin Bestari. Spek mataku ini pun beli di Axis tapi di Alor Gajah. Axis Eye Wear ni memang agak terkenal di Melaka dan terdapat banyak cawangan di sekitar Melaka ni. Pendapat aku, servis dia baik walaupun di cawangan yang lain. Aku rasa ada kedai spek mata bumiputera kat Melaka ni tapi takde kat belah Jasin ni. Jadi aku pun gunakan mana yang tahu je kan. Memandangkan nak tukar tangkai je memang takde, kenalah tukar bingkai. Walaupun takde bajet tapi kena juga tukar memandangkan spek mata amat penting bagiku yang bekerja dengan komputer ni.
OOO ye, mungkin ada antara korang tak guna perkataan ‘spek mata’, mungkin ada ‘cermin mata’ atau selainnya. Aku harap korang pahamlah dengan apa yang aku nak sampaikan ek.. OOo. sambung semula ke posisi asal. Banyak pilihan tapi aku ambil yang murah je la. Itu pun harga RM100 lepas kononnya dapat diskaun. Terpaksa juga ambil dengan berat hati. Lepas ni memang kena hati-hatilah kalau nak buka spek. Kena pastikan ianya berada di lokasi yang selamat. Apatah lagi, anak ku dah makin membesar. Kalau dia capai nanti silap-silap kena tukar cermin pula. Lagilah mahal nak ganti tu.
Sekarang ni dengan spek mata baru nampak lebih kemas sebab aku beli saiz yang ngam-ngam dan ketat. Sebelum ni agak longgar dan kalau berlari tu terpaksa tolak-tolak kat hidung. Harap-harap kali ini lebih selesa.
Larian Hari Minggu
Aku jarang cerita pasal larian hari minggu. Bukan apa, sebab memang dah lama tak lari pun. Memandangkan berat badan telah naik sikit 70 kg maka aku perlu bermula semula. Dengan membeli air kotak Omega Plus tidak mencukupi dan larian perlu dilakukan. Pada hari Isnin lalu aku berjaya berlari di Dataran Jasin sekitar 1.5 km. Sebagai permulaan untuk kembali semula ia sudah cukup. Hari Ahad pagi aku berlari di Stadium Jasin dimana aku tidak mendapat angka jarak. Kenapa? Sebab handphone aku ter’stop’kan aplikasi Runkeeper. Jadi tak tau jarak secara benarnya masa yang dicatat.
Yang pasti aku rasa lebih dari 3km sebab aku berjaya lari dalam 9 1/2 pusingan Stadium Jasin tu. Tambah tolak 8 pusingan aku berlari dan jangkaan satu pusingan 400 meter (ikut track). Jadi aku jangka 3km berjaya kulalui. Cuma masa tak dapat dipastikan. Mungkin sekitar 30-40 minit kot. Ini yang buat aku nak sangat beli Fitbit . Tapi bajet belum mengizinkan. Ada ke sesiapa yang sudi nak derma ? Hahaha.. Dapat second hand pun takpe. Janji boleh guna aplikasi tentang berlari tu. Kalau dapat guna Fitbit memudahkan untuk aku menyemak larian. Lagipun menggunakan Fitbit seumpama guna jam tangan yang lebih mudah berbanding sekarang terpaksa membawa handphone tatkala berlari.
Okay, cukuplah nukilan seminggu aku. Sambil-sambil tu kita renungkan kisah menyayat hati yang berlaku di Paris. Memang tragik sungguh kisah pembunuhan beramai-ramai di Paris tu. Kenapalah boleh jadi camtu kan? Semoga negara kita tidak mengalami kisah yang serupa. Wallahualam.
Rajinnya belajar coding PHP tu…
Spek mata tu memang nampak ‘ngam’ dengan muka
orang pakai spek always nampak genius
genius sangat
waduh.
sudah ada spek mata baru.
nampak lebih hensem sekarang. hoho
best la jadi hensem ni
Nampak lain dengan spek baru dan kopiah tu 🙂 Kipidap bro dengan coding2 tu
mudah mudahan rumah mampu lihat pun jadi rumah mampu milik.
harap gitulah.. jom lah singgah
ada hikmahnya spek mata yang patah..peluang nak buat baru tu..
terbang duit woo
Rasa macam nak datang ke Ekspo Rumah Mampu Milik Peringkat Negeri Melaka 2015 tu.
datang je la.. banyak peluang tu
rajin belajar php tu
php tuh..aku langsung tak tahu… blurrr
guna wordpress kan? tu pun php gak tu
lama aku dah tak tengok badminton..
hehe dulu time study ada juga blaja php. lupa sudah sebab kurang minat