Minggu lepas takde apa menarik sangat yang aku boleh kongsikan. Aku pun BLUR nak taip apa tapi tetap juga taip supaya masih ada kekuatan untuk meneruskan blog ini.
Kena dapatkan motivasi juga bagi menaip apatah lagi aku ada PLAN nak buat ebook pasal Larian dengan salah seorang rakan yang HARDCORE dalam bidang larian ini. Harap-harap berjaya hendaknya.
Bagi sesiapa yang tak pernah tau, aku ada menghasilkan sebuah EBook Panduan Beli Rumah, kalau korang ada masa download kat sini .
Ebook FREE pertama yang kuhasilkan. Mungkin nak buat pengemaskinian tak lama lagi sebab banyak sebenarnya yang aku nak kongsikan pasal nak beli rumah ni.
Setakat hari ini (8 Ogos 2017) hanya 94 pengguna telah download ebook ini dah 387 telah preview Ebook tersebut. Harap-harap dapatlah korang kongsikan supaya ramai dapat manfaatnya.
Cerita pasal larian pula, nampaknya sasaran untuk mendapat mileage 600 kilometer tahun ini nampak SAMAR sebab setakat ini hanya mampu 239.2 kilometer dari sasaran awal 600 kilometer pada tahun ini. Ditambah pula hujung tahun ni macam banyak hujan je.
Lagilah susah nak berlari. Tapi takpelah, dah tak mampu nak buat camne kan.
Pada hari Sabtu lepas ada majlis Penyerahan Tong Sampah i-Cycle di PPR Krubong. Kalau sebelum ni di PPR Tehel dan kali ini di PPR Krubong pula. Apa itu i-Cycle ? Tengok artikel ni.
Malas pula nak cerita panjang lebar pasal majlis ni. Sebab macam biasa keje aku bawa laptop dan lebih malang kali ini tak digunakan langsung. Nasib le kan..
Hari Ahad pula aku, isteri dan anak ke Klang untuk menghadiri majlis kahwin anak saudara isteriku. Sesat la sikit tapi nasib baik ada Google Maps. Membantu juga untuk aku sampai ke lokasi yang agak asing bagiku. Balik dari majlis kahwin singgah di Restoran Jejantas Ayer Keroh.
Isteri teringin sangat nak makan kat A&W Restoran Jejantas. Memang tak banyak Restoran A & W kat Melaka ni tu yang pergi. Memang kagum sebab boleh bertahan dalam jangka masa yang lama.
Akhir cerita pula, minggu ni aku ada Kursus untuk Pembangunan Sistam Aplikasi Mobile. Harap-harap boleh PANDAI dan boleh buat applikasi untuk Ligakampung.com nanti. AMIN.
Okay cukuplah cerita berterabur aku minggu ni. Selamat semua..
Perkongsian mengenai panduan beli rumah banyak membantu orang ramai untuk memahami kaedah urusan tersebut. Semoga pengemaskinian E-Book tuan berjalan lancar.
A & W masih bisa berdiri walau tak ada iklan macam KFC, McD dan lain lain restoran makanan segera.
Ada satu lagi restoran A&W kat Restoran Jejantas Sungai Buluh. Nampak biasa-biasa je, tapi kalau waktu puncak ramai juga yang makan disitu.
Ebook tentang larian tu, untuk dijual ke atau download percuma juga ye
oo. rasa 2-3 kali je kat jejantas sungai buluh tak perasan A& W..
ebook tu belum lagi tau nak jual atau percuma.. masih berbincang dengan rakan