Apa itu I-Cycle Malaysia

Minggu ini aku tak berapa nak ada cerita sangat pasal peribadi. Hari Selasa ada Mesyuarat Lembaga Pengarah tapi tak boleh nak cerita sangat sebab dalam hal-hal sulit.
Nak cerita masalah sistem pun tak terlarat sebab banyak nau nak betulkan. Cuma hari Sabtu ada satu majlis mengenai I-Cycle Malaysia. Aku nak cerita pasal majlis tu tak berapa nak best jadi aku kongsi apa yang aku tau pasal I-Cycle ni.

Korang tau apa itu I-Cycle? Mestilah ramai yang tak tau kan. Aku pun kalau tak sebab kerja dan ada connection dengan syarikat ni mungkin tak tau. Ia merupaka satu konsep baru untuk pelaksanaan Recycle. Biasa kalau kita buang sampah kat dalam tong dekat rumah sampah atau taman-taman kita tak dapat apa kan

.

Malahan saranan kerajaan untuk mengasingkan jenis sampah pun macam tak berapa nak jadi je. Tapi ini ada satu konsep yang dilaksanakan oleh syarikat startup Terra Phoenix Holdings Sdn Bhd. Syarikat yang diketuai oleh pensyarah dari Multimedia Universiti, Dr Tan Ching Seong ini mengambil inisiatif untuk membangunkan sebuah syarikat bagi mengatasi masalah lambakan pembuangan sampah di negara kita.
Konsep yang diadakan mudah sahaja iaitu diberikan GANJARAN kepada mereka yang membuang sampah. Hanya perlu membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan oleh pihak syarikat. Dengan nombor barcode yang diberikan pembuang sampah akan mendapat ganjaran samada bentuk baucer atau TUNAI. Teramat mudah tapi barang-barang mestilah bukan bahan makanan atau sisa kotoran. Yang penting ia boleh dikitar semula dan bersih.

Kalau ikutkan terdapat beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Penang , Negeri Sembilan, KL dan Sarawak yang sedang menggunapakai konsep ini. Dan Melaka melalui Lembaga Perumahan Melaka bakal merealisasikan impian ini. Apa gunanya konsep ni ek? Sebenarnya bukan keuntungan yang menjadi matlamat tetapi bagaimana untuk mendidik sikap RAKYAT MALAYSIA untuk mengamalkan konsep kitar semula ini.
Memang ia bukan satu tugas yang mudah tapi dengan pelaksanaan yang baik mungkin ia tidak mustahil berjaya menjadi model. Tidak mustahil satu hari nanti, tempat pelupusan sampah di Malaysia dapat dikurangkan sehingga mampu mengurangkan pencemaran yang semakin teruk.
Masa taklimat oleh Dr Tan aku tertarik dengan beberapa maklumat iaitu KETAGIHAN yang ada pada manusia kini iaitu :-

1) PLASTIK – Percaya atau tidak, hidup kita diselubungi oleh PLASTIK dan kita hampir pasti tidak mampu hidup tanpa barangan plastik. Dan tahukah kita bahawa untuk melupuskan barangan plastik mengambil masa beratus tahun.

2) ELEKTRONIK – Sudah pasti kita tak dapat lari dengan bahan elektronik pada masa kini. Berapa ramai mampu hidup tanpa memegang handphone atau memasang tv di rumah hatta menekan butang aircond? Memang sukar bukan. Dan pasti kebanyakan barang elektronik tersebut mempunyai bahan-bahan yang sukar untuk dilupuskan. Walaupun rosak ia tidak boleh dihadam oleh tanah dengan mudah. Jadi pencemaran berlaku di bumi tercinta ini apatah lagi syarikat pengeluar mempunyai teknik untuk memberikan usia penggunaan bahan elektronik itu.

3) TENAGA – Memang sukar untuk hidup tanpa air , elektrik. Ini memerlukan tenaga dan sumber utama adalah dari petroleum. Bukankah ia banyak melakukan pencemaran? Memang ye kan.

Sememangnya ada banyak lagi yang diberikan dalam taklimat itu tapi aku MALAS dah nak taip panjang-panjang. BUkan korang baca pun kan. Apapun selamat meneruskan ibadah Ramadhan dan semoga kita mencapai matlamatnya. AMIN..

Untuk maklumat lanjut mengenai I-Cycle ni korang layari je laman web http://www.icycle-global.com/index.html. Pernah menang antara Startup terbaik tahun 2017 tu. Memang terbaek la

2 thoughts on “Apa itu I-Cycle Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *