Hari Raya Aidilfitri telahpun memasuki fasa ke minggu kedua. Sedikit demi sedikit rendang dan ketupat dah boleh dilupakan serta kolesterol perlu dibuang segera.
Dalam minggu kedua ni aku telah memulakan aksi larianku di Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka tapi terlalu lemah prestasinya. Lepas tu tertangguh lagi. Untuk minggu kedua ni mungkin larian akan bermula Sabtu dan Ahad semula sebab minggu ni aku berpuasa enam.

taman botanikal ayer keroh
Larian enam kilometer di Taman Botanikal Ayer Keroh. Mengah le juga

Alhamdulillah setakat artikel ini ditulis berjaya menyelesaikan 2 hari puasa. Harap-harap mampu meneruskan lagi 4 hari berpuasa. Ialah, pahala puasa enam adalah seperti berpuasa setahun. Bukan senang tu. Jadi kita ambillah manfaatnya.
Nak harapkan AMAL yang lain tak banyak mana. Kita cuba yang mudah untuk kita laksanakan. AMIN..

Tahun ni aku tak dapat beraya jauh sangat. Hanya dapat pergi ke Seremban je yang paling jauh. Pergi ke Kuala Lumpur tak dapat join sebab kena bertugas di hari raya keenam iaitu pada Sabtu lalu.
Kena bertugas sempena majlis Rumah Terbuka TYT Gabenor Melaka, YAB Ketua Menteri Melaka dan YBhg Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Kena tugas shift last iaitu penutup. Aku dan kengkawan kena jaga booth keledek goreng dan pisang goreng. Memang cepat habis. Aku sendiri pun tak merasa makanan tu.

majlis rumah terbuka
Layan Bihun Soto di Majlis Rumah Terbuka Melaka
rumah terbuka
Orang ramai berpusu-pusu mendapatkan makanan kegemaran masing-masing
kebun
Habis je majlis singgah belakang rumah mak. Tengok kacang panjang yang dah cukup masak. Impian pencen nanti nak berkebun juga

Terpaksa pergi ke booth lain untuk mengalas perut. Memang ramai orang yang hadir di majlis tersebut dan YAB Ketua Menteri Melaka juga menyanyi di pentas masa aku nak balik tu. Gempak juga dia menyanyi lagu ‘Camelia’ dan apantah satu lagu Ramli Sarip tu.. OOo ye, untuk pengetahuan korang, YAB Ketua Menteri Melaka memang peminat tegar Datuk Ramli Sarip.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik tanpa ada gangguan.

|Majlis Rumah Terbuka TYT Gabenor Melaka, YAB Ketua Menteri dan YBhg Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka |

masjid-tok-janggut-masjidtanah
Ketika di Masjid Tok Janggut, Masjid Tanah. Terjumpa satu idea sedekah air Herba kepada pengunjung masjid. Sumbangan Pertubuhan IKHLAS Malaysia

Masuk hari Isnin dah mula kerja. Macam biasa, mood kerja tu kureng sikit tapi aku ada gangguan sikit pada sistem. Sistem slow sebab Data Centre traffik tinggi. Dan banyak benda teknikal yang sukar nak ku ceritakan dengan lebih detail.
Tengok duit kat dalam akaun, alhamdulillah rasanya masih mampu untuk bernafas. Sambil-sambil tu tengah berkira-kira untuk bulan depan bagi memperbaiki aircond kereta dan motosikal.

| Baca Artikel Poket Kosong Lepas Raya |

Okay, cukuplah artikel pendek. Mood masih belum datang nak menaip panjang-panjang ni.. Heheheheh

5 Replies to “Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka, Kembali Semula Bekerja”

  1. WAH Dah start nyah kolestrol ni..nak kena start gk la ni..nak tunggu abis syawal, mau 2 minggu lg ada open house..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.