Motosikal Kriss 2 ku tetiba mengalami masalah yang agak pelik. Tanpa berjalan dalam tempoh seminggu tapi tiba-tiba ku lihat minyak di dalamnya telah hilang. Ku jengok di bawah dan ku dapati tompokan besar seperti minyak. Ye, setelah ku sentuh memang ianya minyak motosikal. Ah, memang menyakitkan hati. Mulanya aku ingat nak bawa motosikal ni ke opis . Dah jadi macam ni kenalah bawa Myviku ini. Kesian tak dapat nak berehat pula kesayanganku ni.
Takpelah, nak buat camne. Dah nak jadi camtu. Memang aku bukanlah pandai sangat pasal hal-hal permotoran ni. Tau tunggang je . Kalau nak buka moto memang tak berani lah. Nak buka boleh, pasang memang tak jadi nanti.Macam biasalah, minta tolong orang yang dikenali. Orang sekariah ditanya dan juga facebook menjadi tempat mengadu. Alhamdulillah , jiran selorong menawarkan diri untuk membantu. Sebenarnya memang tau yang dia ni agak mahir dalam bidang repair merepair ni tapi kesibukan selaku pemandu lori towing menyebabkan segan nak minta tolong. Tapi dah di offer maka bagi kat dia untuk melakukan proses checking sekaligus service moto yang kali terakhir di buka tubuh badannya ketika beli dulu. Hahahaha.
Mula-mula jiranku cuba diagnosis dengan melihat hos paip tetapi getahnya masih lembut dan tiada tanda-tanda bocor. Kemudian karburetor motosikal juga diservis, dibersihkan dan di sembur angin untuk membuang kotoran yang melekat. Diagnosis mendapati ada sedikit lelehan minyak meskipun choke telah ditutup. Takpe, aku membenarkan sahaja Dr Moto ni membuka dan memasang serta membersihkan liang-liang motosikal ni. Sedikit kagum dengan skill yang dimiliki. Rasanya kalau aku ada modal mau je aku buka kedai moto yang diusahakan beliau.
Setakat 3 hari ni tak nampak kekurangan minyak pada motosikal Kriss kesayanganku ni. Meskipun di Facebook ada yang mencadangkan untukku menukar moto ke YSuku namun tidak ku endahkan. Buat apa nak berhutang motosikal harga belasan ribu sedangkan aku hanya guna motosikal untuk perjalanan dekat sahaja. Jangan diikutkan sangat pengaruh rakan sebaya ni. Nanti merana badan. Meskipun kat opis tu berlumba ada pakai YSuku dan RS tapi aku tetap setia dengan apa yang ada.
Okay apa pula pendapat korang semua? Kalau ada isu motosikal, hantar terus ke pomen atau ada kawan yang mempunyai skill atau korang sendiri yang boleh membaikinya? Semoga motosikal ini akan mampu berbakti untuk 10 tahun lagi. AMIN.
2 Replies to “Motosikal di Service oleh Jiran”