Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kalau ikutkan motosikal Kriss ku baharu sahaja di repair oleh rakan Taman sebelah tapi ada benda yang lebih mencabar iaitu tayar motosikal. Bila ku bawa pada Isnin lepas nampaknya tayar ini perlu diganti juga. Ye lah, bawa ke opis dan lepas tu lembik je tayar. Nasib baik pakai tayar tubeless jadi masih boleh berjalan walaupun ada goyangan Inulnya..

Bagi mengelakkan isu yang lebih teruk aku ambil keputusan untuk gantikan tayar tersebut. Alhamdulillah tayar tersebut diganti. Sori, aku tak tanya pula jenama tayarnya .. Ah, janji boleh jalan dekat-dekat dan sesekali boleh guna ke opis sudahlah. Bukan apa, sesekali kena kasi rehat kereta Myvi tu. Nanti dia merajuk macam-macam pula. Dah le baru ganti Bearing Clutch yang menyebabkan terpaksa membayar amaun yang tinggi.

Selain tayar, aku juga gantikan cover seat motosikal ni. Ye lah, asyik di cakar oleh kucing je. Mana boleh tahan kan. Kali ni aku akan angkat seat ni setiap hari. Jadi kucing tak boleh nak cakar bahagian tempat duduk lagi..

Sambil tu korang boleh lah tengok video aku tukar tayar motosikal di bengkel ni. Kalau sesiapa yang boleh DIY lagi bagus tapi aku tak la. Bukan sebarang orang boleh tukar tayar tubeless ni..

2 Replies to “Tukar Tayar Motosikal Pula”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.