Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Minggu ni aku takde benda menarik sangat buat kat rumah. Tapi dapat satu SMS dari seseorang yang tak dikenali.
Rupa-rupanya dari SKL Agency yang buat insurans dan roadtax moto ku. Motosikal Kriss 2 yang telah diperbaiki pada bulan Ogos lalu.
Memang mudah, tak perlu nak buat apa-apa pun. Aku bagitau nak datang ambil hari Sabtu dan diorang pun bagilah road tax tu.
Siap je dan hiduplah roadtax sehingga 29 November 2021 nanti. Terbaek juga SKL Agency ni sebab ada website di http://sklagency.com/.
Sebelum ni aku buat kat kawan tapi diorang pun takde inisiatif nak follow up. Mungkin kereta ku nanti pun aku nak tukar ke sini.

Selain tu, aku juga sedang buat projek untuk video Ligakampung. Bagi korang yang selalu ke sini atau mengenali ku mesti tau pasal ligakampung.
Antara harta online aku yang berharga. Meskipun Ligakampung tidaklah hebat tapi aku sudah bersamanya dalam tempoh lebih 10 tahun.
Permulaan dengan blog dan menambah ke facebook page.
Kini aku sedang meneruskan pakej dengan menghasilkan channel Youtube Ligakampung.
Buat masa ni mungkin baru je dan takde subscriber serta view tapi targetku akan menambah video perlahan-lahan. Dan semoga ia akan menjadi meletup ..

Ok itu je buat masa ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.