Macammana semua? Perut masih melayan ketupat dengan rendang ke? Minggu lepas aku baru je masuk kerja selepas hampir seminggu menikmati cuti hari Raya. Bila mula masuk kerja lepas raya, memang MOOD nak bekerja tu masih layu je lagi. Kisah malas masih melanda lagi. Nak berpuasa 6 pun tak terlarat apatah lagi batuk-batuk masih menganggu diri ini. (Alasan je tu). Kepada yang berpuasa 6 tu aku ucapkan tahniah dan semoga diterima ibadah anda semua.
Berbalik semula kepada tajuk masuk kerja selepas cuti raya. Apa yang korang rasa ? Bukan hanya aku je yang tidak merasakan mood untuk melaksanakan kerja tertunggak tapi budak-budak opis lain pun sama juga. Masing-masing mengunyah kuih raya dan berborak pasal raya serta mencari-cari rumah terbuka di sana sini. Aku memang malas apatah lagi sekarang ni NAFSU makan dah sikit kurang. Tak tau samada sebab berat dah berkurangan ataupun faktor usia menyebabkan kurang berminat nak pergi ke rumah terbuka tu.
Masuk kerja, ada beberapa tugasan menanti. Antaranya ialah :-
- Mencari pembekal untuk RFID. Apa menatang RFID tu? RFID dalam bahasa omputeh membawa maksud Radio Frequency Identification. Aku tak reti nak terangkan secara teknikal cukuplah benda ni lebih kurang cam ‘bar code’ kat pasaraya besar. Bila korang nak keluar tanpa di unlock kan akan berbunyi. Selain itu teknologi RFID ini juga mampu mengesan lokasi peralatan yang telah korang RFID kan.
Banyak jenis RFID yang terdapat di pasaran tapi aku nak kena cari untuk kegunaan sistem fail jabatan. Ada tak korang tahu jabatan yang gunakan RFID ni? Boleh kongsikan.
- CCTV Wifi. Aku ada jumpa beberapa CCTV yang boleh dikawal menggunakan app di handphone sahaja. Buat masa ni aku masih mengkaji sebab ada beberapa kekangan yang perlu diambil kira sebelum membuat pembelian. Korang boleh tengok contoh video CCTV yang boleh dikawal melalui handphone disini.
- Belajar bahasa pengaturcaraan CakePHP. Aku dan seorang programmer di pejabat perlu belajar programming bahasa framework CakePHP sebab atas masalah dengan pembekal. Tak boleh cerita panjang lagi ni.
- Setelkan projek portal komuniti. Memang lama juga terbengkalai ni.
Ok, itu serba sedikit tentang tugasan. Aku malas nak cerita panjang pasal kerja sebenarnya. Tapi dah takde idea itu yang aku tuliskan.
Selain itu, aku juga merancang untuk buat sedikit renovasi kat rumah. Bukan apa, ada sedikit pendapatan lebih, elok gunakan untuk renovasi rumah. Bukan banyak pun, cuma nak tukar pintu tandas memandangkan sekarang ni pintu yang boleh ditolak oleh anakku. Risau juga kalau tetiba dia masuk tandas tanpa pengawasan. Keselamatan anak tu penting. Sedang buat kira-kira oleh rakan yang berpengalaman. Sambil-sambil tu buat sedikit dekorasi sebab ada kawan-kawan nak datang beraya di rumah. Takdelah buat dekorasi yang GEMPAK-GEMPAK. Korang nak buat dekorasi tapi tak cukup modal?
Cuba dapatkan panduan ‘ DEKORASI BAJET ‘. Insha Allah, ada idea dekorasi yang cukup berbaloi nanti.
Minggu ni bukan hanya kerja je mood raya, nak berblogging pun amat MALAS. Ini pun cuba sedaya upaya untuk mencari idea bagi ‘UPDATE ‘ blog ini. Memang susah juga le.
Projek ‘SISTEM SEWA’ pula masih perlahan lagi. Aku pun tak tau nak cepatkan macam mana. Mungkin kalau ada kengkawan kat sini yang berpengalaman sebagai TUAN RUMAH bolehlah aku masukkan sebagai AHLI untuk projek ni. Bukan apa, ahli projek ni tiada pengalaman menjadi tuan rumah. Tu yang SLOW sangat prestasi tu. Mungkin juga aku patut menjadi tuan rumah dengan menggunakan teknik ‘Rahsia Rumah Lelong’ .
OO ye, pada hujung minggu depan dijangkakan keluargaku akan buat RUMAH TERBUKA. Kalau jadi mungkin ada cerita pasal tu nanti. Minggu ni pula aku pergi rumah terbuka makcikku di Merlimau dan aku ada jemput kawan-kawan layan bihun goreng yang aku masak.
Ok, cukup setakat ini. Artikel minggu ini tak de gambar yang aku kongsikan. Cukuplah sekadar untuk isi masa lapang ni.
mood kerja ke laut lagi, terbayang2 juadah open house, kihkih.. Raya kan sebulan? 😀
semoga aktiviti bro berjalan dengan lancar…kipidap
haha…sama lah…mcm berat jer nak sambung keja lpas raya ni…
Saya rasa malas betul nak kerja lepas raya nie.. huhu
samalah kita..
Selamat Hari Raya dan selamat kembali bekerja
hehe nasib mood haritu masuk kerja ada sebab baru balik dari colombo hehehe