Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Sekarang ni, rumah milikku telah dijadikan homestay. Plilihan samada nak sewakan atau dijadikan homestay. Setelah memikirkan bahawa rumah ni mungkin sukar nak digunakan atau ditarik balik jika di sewakan maka pilihanku adalah menjadikan ianya sebagai homestay.  Untuk menjadikan homestay memang banyak perkara yang perlu diambil kira. Antara  yang utama ialah bagaimana nak uruskan pelanggan tu dari segi tempahan. Nak buat sistem sendiri memang tak dan la. Takkan semata-mata sebiji rumah nak kena ngadap coding kan? Lagipun kalau buat sistem kang nak kena hadap SEO, promosi dan sebagainya. Lagipun sekarang ni dah banyak sistem web tersedia kan? Nak buat apa menyusahkan diri kan?

Jadi aku cari yang sesuai dan terjumpa Booking.com. Rasa ramai dari korang yang gunakan Booking.com ni terutama untuk menempah tempat penginapan kan? Aku memang tak pernah pun sebelum ni. Alhamdulillah aku dah daftar pun di Booking.com dan pernah dapat beberapa pelanggan. Tapia da beberapa isu yang ku hadapi. Antaranya ialah :-

  1. Kaedah Pembayaran yang tak jelas. Pelanggan pertama memberitahu dia bayar pakai debit card tapi selepas hampir 2 bulan aku tak terima pun bayaran dari Booking.com. Selepas bertanya kembali, pelanggan tu maklumkan tiada potongan dari Booking.com. Adoi. Mula-mula aku nak delete je akaun kat Booking.com tapi tengok kembali dah ada makluman yang booking.com. Mungkin sebelum ni ada kelewatan untuk mengesahkan dari pihak Booking.com. Tak mengapalah walaupun ada kebarangkalian aku akan kerugian pelanggan pertama.
  2. Pelanggan tak tau bayar online. Ini merupakan pelanggan keduaku. Debit card tak disahkan oleh Booking.com sebab duit takde. Nasib baik pelanggan kedua ni bayar tunai. Lega sikit hati. Cuma , dah tak jumpa mana letak tunai tu. Hahahahahah.. Silap besar ni. Sepatutnya lepas dapat je duit aku kena bank in terus. Takpe ini pengalaman.
  3. Pelanggan high class tapi dapat homestay aku. Kalau ikutkan rumahku ni tahap middle class. Takde water heater dan aircond. Masih banyak pembaikan nak buat ni.. Tapi nak buat camne, pelanggan tu tak tempah melalui booking.com dan no refund policy. Harap-harap jangan dia review bad pula. Apapun ini memberiku serba sedikit maklumbalas untuk meningkatkan kualiti homestay ni. Memang dalam perancangan nak baiki paip shower utama yang tak boleh buka tu. Dah minta plumber datang tapi susah nak datang mereka ni. Oo ye, sekarnag ni aku tengah buat database mengenai plumber, boleh klik sini https://forms.gle/wSnsAE7HkgpVpmXD8  .
  4. Pelanggan last minit. Aku pernah terima pelanggan pada pagi dan nak check in petang. Kalau hari cuti mungkin boleh lagi kejarkan tapi hari kerja. Nak jadi cerita time tu anak main telefon. Aku terbaca wasap pun pada malam hari. Nasib le, terlepas seorang pelanggan.
  5. Harga yang murah. Sebenarnya aku masih tak tau lagi harga yang nak diletakkan. Sebelum ini aku letakkan harga semurah RM80 semalam. Tapi kali ini aku dah mula memahami bahawa komisen yang dikenakan oleh Booking.com lebih 10% dari harga sewaan. Kemungkinan selepas ini aku akan mengenakan caj yang lebih berbaloi. Tapi takpe, sehingga hujung tahun ni kira harga pengenalan je dulu. Aku target supaya pendapatan homestay boleh mencecah RM600 sebulan iaitu harga bayaran bulanan ku. Jadi dengan pendapatan ini dapat membayar harga rumah yang masih berbaki 20 tahun tu.
Kaedah Pembayaran yang telah diupdate

Okay itu serba sedikit pengalamanku membuat homestay rumahku menggunakan Booking.com. Masih baru lagi dalam program homestay ni dan masih banyak perlu dipelajari. Inshallah.

OOO ye, kalau ada sesiapa ingin mencari homestay di Jasin atau Melaka boleh terus tempah di link ni ( https://www.booking.com/hotel/my/homestay-taman-maju-jasin.ms.html ) ye.. Untung-untung ada kekosongan masa tu

Ini antaramuka homestay ku..

5 Replies to “Homestay Taman Maju Jasin guna sistem Booking.com”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.