Korang semua pernah mengalami masalah kerosakan mesin basuh tak? Atau dah tak beli mesin basuh? Almaklumlah sekarang ni lambakan kedai dobi 24 jam telah bercambah bak cendawan baru tumbuh lepas hujan. Jadi buat apa menambahkan ruang kat rumah kan? Kalau ada service macam DobyBox ni lagi senangkan? Bawa je baju kotor kat tempat kerja, masukkan dalam kotak lepas tu balik dah tersiap sedia baju dibersihkan. Siap lipat lagi. Tapi tu le, startup DobyBox ni aku tengok macam dah senyap je. Ntah wujud lagi ke tidak tak tahu le.
Dah mula aku melalut. Berbalik semula kepada tajuk diatas mengenai mesin basuh yang rosak. Aku sebenarnya agak lama mengalami masalah ini iaitu mesin basuh tak dapat mengenal kapasiti air. Ye lah, mesin basuh auto dia akan kenalpasti berapa liter air yang diperlukan. Selalu menyebabkan operasi washing terhenti menyebabkan kadang-kadang terpaksa memasukkan air secara manual. Bila selalu jadi camtu, aku cuba selidik dan rupa-rupanya air tidak penuh dimana apabila air masuk ke dalam mesin ia akan terus keluar ke hos. Patutlah tak berjalan-jalan operasi washing walaupun dah sejam tunggu dan selalu berbunyi error.
Aku cuba google tentang kerosakan itu dan jumpa beberapa kaedah penyelesaiannya.Ini antara carian yang boleh dipercayai :-
http://diyasriman.blogspot.com/2013/01/mesin-basuh-automatic-tak-boleh-nak.html
Mula-mula aku cuba juga membuka belakang board mesin basuh ni tapi bila tengok keadaannya maka ketakutan menyelubungi. Hehehe.
Almaklumlah, agak complicated nak diusiknya. Maka terpaksalah mencari pomen yang boleh betulkan. Alhamdulillah melalui beberapa kawan dapat jumpa seorang pomen yang membuat kerja-kerja ni dirumah.
Sekejap je masa diambil. Lebih kurang satu hari dimana mesin basuh diambil dari rumahku. Aku letakkan diluar untuk diambil. Pomen ambil dan memaklumkan bahawa bahagian valve bawah diganti satu set untuk buang air. Hm.. Kalau tengok harga kat Lazada, harganya kira-kira RM25.00. Tapi tak pasti kalau aku silap search pula ye..
Kos yang dikenakan adalah RM150 termasuk kos penghantaran ambil dan pulang serta rubber, spring serta handle valve. Jadi aku bayar sahaja kos pembaikan iaitu 15% dari harga mesin basuh (harga 4 tahun lalu). Meskipun kena bayar kos yang tinggi tapi tetap berbaloi sebab dapat menjimatkan dari pergi kedai dobi bayar dimana perlu ada kurang-kurang RM10 untuk mendobi dan mengambil masa 1 jam untuk siap. Pakai mesin basuh di rumah ni dapat menjimatkan sikit wang disamping masa menunggu tu boleh ku gunakan untuk melakukan kerja-kerja lain. Tapi aku rasa kalau ada kemahiran mungkin boleh jimat lebih tu. Sebab tak nampak apa barang yang digantikan pun. Tapi aku tak mempunyai keberanian meskipun ada sumber di internet. Yelah, takut pula jadi seperti ‘tikus membaiki labu’. Nak jimat punya pasal sekali lagi teruk jadinya. Walaubagaimanapun aku tetap berterima kasih kepada pomen tersebut kerana mesin basuh dah mula berfungsi dan pasti banyak baju akan menjadi mangsa basuhan lagi.
Sambil tu boleh tengok video ketika Mesin Basuh ku masih rosak
Oo ye, sambil tu bagi korang yang ada Instagram tu boleh add instagram baru aku di https://www.instagram.com/zoolzarizi/ , banyak aku kongsikan pasal isu perumahan di sana.
One Reply to “Mesin Basuh Toshiba Rosak”