Sebelum aku memulakan kisah aktiviti mingguan ingin ku ucapkan ‘Selamat Menyambut Tahun Baru Cina’ kepada pembaca yang mungkin secara langsung menyambutnya.

tahun-baru-cina

Kalau ikutkan salahsilahku ada sikit-sikit dari kaum Cina ni. Sebab tu abang no 2 ku selalu juga orang terkeliru yang dia bangsa Cina. Ada juga dia pernah ditanya dalam bahasa Cina oleh orang tak dikenali. Tergagap lah juga dia. Aku pun baru-baru ni ada juga kes gitu. Mungkin ada antara korang pun mungkin yang mengalami masalah sama juga. Teringat pula kenangan ketika Lawatan China, mungkin ada sedara mara kat sana kot.

Minggu ini juga aku sibuk ke unit IT Jabatan Ketua Menteri Melaka untuk belajar tentang sistem kehadiran mesyuarat yang dibangunkan oleh mereka. Agak canggih juga kaedah dimana mereka yang berdaftar hanya perlu menyentuh pembaca kad dan mana akan terpapar dalam sistem. Penat juga aku nak memahamkan tentang sistem ni. Sistem telah tersedia cuma aku kena beli peralatan ‘card reader’ tu. Kalau ikut sebutharga kos yang diberikan harga kurang RM500 untuk 2 ‘card reader’ tersebut. Semoga aku dapat juga melaksanakan projek yang telah disuruh oleh boss dari tahun lepas lagi.

card-reader
Card Reader yang bakal digunakan

Ooo. Aku tak leh nak screenshot gambar sistem tu sebab hakmilik Jabatan Ketua Menteri Melaka. Kalau korang nak tengok bolehlah hubungi Unit IT Jabatan Ketua Menteri Melaka. Memang canggih sistem tu.

Cuti tahun baru Cina ni ada satu aktiviti yang agak menarik untuk diriku dan ahli keluargaku. Bergotong royong membersihkan kubur. Mungkin korang pelik, apa yang menariknya? Adakah sebab tak pernah bersihkan kubur? Tak juga tapi ianya adalah disebabkan kubur itu penuh sejarah. Memang agak semak dan tersorok kubur tersebut. Bermula dari jam 9.00 pagi (sepatutnya 8.00 pagi tapi biasalahkan) kami menebas untuk membersihkan kawasan tersebut. Berbekalkan kudrat hampir 20 orang maka dapat juga kami membersihkan kawasan tersebut. Kami menjumpai tidak kurang dari 20 kubur di kawasan tersebut. Dari kubur yang mempunyai nisan sehinggalah kubur yang menggunakan batu merah sebagai tandanya. OOO ye, kami juga menjamu para saudara sepapat kami dengan roti canai dan kuah kari ayam(tiada gambar diambil kerana ia akan menganggu anda untuk membaca artikel ini).

gotong-royong
Acah buat kerja.. Tapi berpeluh jugalah..

Menurut beberapa pakar sejarah tak berdaftar (nama dirahsiakan), kubur tersebut merupakan peninggalan nenek moyang kami yang tinggal di Kampung Kesang Barat. Dikisahkan cerita juga kisah nama Kampung yang terjadi dimana Kesang Tua dinamakan sempena kehilangan Kerongsang nenek tua ke dalam sungai.

| Peta Kesang Tua |

Diberitahu juga yang kawasan rumah bapa saya adalah sungai pada zaman dahulu dan mungkin nenek moyang kami datang dari Aceh/Bugis serta meneroka kawasan kesang ini.
Bapa ada memegang salasilah keluarga dan menurutnya, anak saya adalah keturunan ke 7 dari keluarga Min dan Nokiah ni. Oooye, itu serba sedikit mengenai asal usul aku dan keluarga. Menarik juga dan mungkin lepas ni nak kena kumpul balik salahsilah. Dengar kata nak buat gathering untuk seluruh keluarga ni tapi belum berkesempatan lagi tu. Korang semua pun mungkin pernah ada buat reunion family dari beberapa generasi kan? Memang kadangkala ada yang kita tak sangka adalah sedara mara ni.
Projek gotong royong kubur lama ni memang bagus cuma mungkin tak ramai yang mengetahui sebab terlalu singkat notis yang dibuat oleh penganjur. Tak silap dalam seminggu baru nak panggil semua kaum kerabat. Memang tak ramai sangatlah kalau ikutkan.

Last sekali, aku baru je tukar Remote Control ASTRO selepas remote lama direndamkan dalam sup oleh Fatih. Geram juga tapi inilah ragam anak. Kenalah banyak bersabar. Tak gitu?

Okay, cukuplah setakat ini. Kita tunggu minggu depan punya cerita ye. Tak pasti sempat tak update pada hujung minggu sebab aku ada kursus kat PD nanti.

4 Replies to “Pembelajaran Sistem Kehadiran Mesyuarat ,Mengenal asal usul”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.