Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Minggu yang agak busy apatah lagi sekarang ni aku sudah mula bermain dengan video jadi memang cabaran sikit. Korang yang belum tau, boleh singgah kat channel aku.
Tapi tak mengapa, aku tetap juga menulis sebab passion aku masih lagi di blog dan menulis (boleh rujuk FB Zool Penulis ).
Berbalik kepada tajuk diatas, aku terpanggil untuk berkongsi pendapat aku selepas membaca tweet yang marah dengan seorang penceramah terkenal ni. Aku tak boleh nak sebut namanya takut lain pula jadinya. Tapi aku nak kongsi sedikit pendapat aku yang bukan sesiapa ni.
Memang diakui penceramah tersebut melakukan beberapa penipuan seperti klaim pangkat yang tidak diiktiraf sehingga menyebabkan dirinya digelar scammer. Benda ni tak boleh dinafikan tapi dari satu aspek pula aku lihat ramai juga anak muridnya yang berjaya. Ada yang mengikut konsep yang diperkenalkan sehingga menjadi usahawan berjaya.
Mungkin beliau bukan pakar dalam bidang yang diceritakan tapi pada akulah tak salah jika dia nak gunakan kepakaran dia iaitu ‘MEMOTIVASIKAN’ orang lain. Jika itu bisnesnya dan orang yang mengikutinya setuju maka tiada masalah.
Lainlah kalau dia jual barang tapi tak deliver barang tersebut. Sebaliknya dia mengeluarkan motivasi untuk orang-orang yang mendengarnya menjadi lebih baik dari sebelum ini, malahan mungkin jadi lebih berjaya dari beliau dalam aspek perniagaan itu sendiri.
Aku tau ramai yang tidak bersetuju dengan aku. AKu sendiri pun tak pernah ke seminar yang dianjurkan dan tidak sanggup pun nak berbelanja ribuan ringgit untuk ceramah PREMIUMnya tapi aku tak mengatakan bahawa itu salah. Kecualilah kalau perniagaan yang memang dah salah dari segi undang-undang. Itu lain cerita.
Tapi ia bergantung pada pandangan anda semua lah kan. Ini sedikit perkongsian dariku. Tak semestinya betul…
Apa pula pendapat anda? Mungkin boleh kongsikan sikit. Hari ni aku tak berapa nak ada idea pula…
Jual air liur je bang.
Baik join proper class
tu kelebihan dia..
ramai takde kelebihan ni
Terbaik blog bang