Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hujung minggu ni aku ada dua aktiviti yang boleh dikongsi bersama iaitu pergi ke lokasi viral di Melaka di Laman Belia dan memperbaiki paip shower rumah. Aku malas nak asingkan dua aktiviti ini jadi korang bacalah mana yang patut ye…
PERGI KE LAMAN BELIA, SUNGAI RAMBAI, MELAKA
Asyik tengok orang update pasal Sungai yang viral kat Sungai Rambai tu je. Kalau korang tau tau kenapa viral boleh tengok artikel kat Gempak.com ni. Jadi aku pun ingat nak pergi juga. Kebetulan nak pergi melawat rumah adik aku kat Merlimau jadi lepas tu je terus shoot ke sana. Aku bawa budak-budak kecil dan sesat seketika. Bukan apa, tempat tu dah nampak tapi nak masuk tak jumpa. Ingatkan boleh masuk dari AMJ tapi sebenarnya kena lalu Pekan Sungai Rambai rupanya. Ada jalan untuk ke sana.
Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku sampai ke Laman Belia Sungai Rambai ni. Memang cantik kawasan ni. Aku dengan anak buah serta mak dan adik beradik melihat sendiri kawasan yang viral tu. Memang jernih sungai ni. Terasa nak mandi je dalam sungai tu tapi tak boleh. Kang ada sang buaya datang menziarah nanti. Hehehehe. Anak buah aku siap sound lagi masa aku mencecahkan kaki kat gigi air tu..
” Pak Pak (panggilan diorang kat aku) nak jadi umpan buaya ke?”
Ambil ko ayat betul padu tu. Dapatlah ambil beberapa shoot yang menarik juga tu. Korang tengoklah gambar-gambar kat bawah ni..
Oo ye, ada juga jambatan gantung yang disediakan untuk memberikan pengalaman kepada pengunjung. Agak bergoyang juga jambatan ni. Kepada yang penakut tak perlu risau sebab jambatan ni dihubungkan di lokasi yang dekat je. Rasa dalam 20-30 meter je kot. Bukanlah menyeberang sungai ye…
Kalau ikutkan nak singgah ke Restoran Kari Kambing 41 hari untuk makan tengahari tapi aku nak kena kejar. Ada appoinment dengan plumber untuk betulkan paip di rumah homestay Taman Maju. Pukul 1.00 je aku terus memandu selaju 100 km/sejam untuk sampai ke rumah.
BAIKI PAIP SHOWER HOMESTAY
Alhamdulillah aku sampai seperti waktu dijanji iaitu 1.30 petang dan plumber tu pun dah sampai. Ini kali kedua dia datang ke rumah Taman Maju. Sebelum ni dia pasang aircond dan kali ini membetulkan paip pula. Masalah paip tu adalah dah loose. Tak boleh ketat lagi. Ini menyebabkan penyewa sebelum ni terpaksa ikat dengan getah dan tak silap aku ditutup paip utama. Ye lah, kalau tak nanti membazir le air tu. Selepas penyewa tu keluar aku pun carilah dan plumber kali ini orang muda. Lebih kurang pertengahan 20-an rasanya.
Kalau paip biasa mungkin aku boleh cuba DIY tapi yang ni paipnya tertanam dan perlu ada kepakaran jadi memang kenalah cari orang yang betul. Dalam sejam proses menukar pili paip itu berjaya diselesaikan. Memang mencabar kerja yang dilakukan oleh plumber kali ini.. OOO ye. korang boleh tengok video Youtube yang aku hasilkan ni.. Boleh juga rujuk kat description untuk mendapatkan info plumber tersebut..
Alhamdulillah berjaya juga diselesaikan dalam tempoh sejam. Aku berpuas hati dengan kerja dan kos yang dikenakan. Tak cekik darah macam sesetengah plumber tu. Aku pernah hadapi kes yang sama tapi harga dua kali ganda. Siap bagi cadangan untuk pecahkan mozek lagi. Wallahualam.
Okay cukuplah corat coret ku untuk hujung minggu ni. Harap korang dapat sesuatu dari nukilan hari ni.