Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Nampaknya pada beberapa hari lepas aku berjaya menghantar post mengenai masakan di Facebook Suami Masak APa Hari Ini.
Tanpa disangka-sangka dalam tempoh 3 hari aku mendapat lebih 100 komen di post tersebut. Memang mengejutkan juga. Korang tau pasal apa? Eh aku dah tulis kat atas tu kan?
Pasal post nanas goreng. Aku rasa korang mungkin tau aku ni peminat nanas sampaikan ada Facebook Page Nanas yang memiliki 4++ follower setakat ini.
Bagi korang yang tak tau, sebenarnya nanas goreng ni viral di Kelantan. Jadi aku pun cuba-cubalah buat. Guna resipi biasa pisang goreng je. Nak kata sedap tu takde lah cuma bolehlah di telan dan tiada isu sakit perut.
Cumanya mungkin kena perbaiki sedikit sebanyak sebab kurang kick. Kalau nak jual tepi jalan rasanya tak laku tu. Hahahaha. Kalau korang yang meniaga tepi jalan, aku sarankan boleh cuba nanas goreng ni.
Kena pandai la mencuba resipi dengan pelbagai cara. Inshallah mungkin boleh jadi. Macam aku, kalau buat Jus Nanas Susu mungkin lah boleh laku kot…


Pada pendapat aku, facebook group Suami Masak Apa Hari Ini bagus untuk menambah network dan juga sedikit sebanyak boleh juga cari populariti di sana. Untung-untung ramai kenal. Lagi mudah kalau korang nak jadi social media influencer di kemudian hari.
Tak gitu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.