Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari Isnin yang lalu aku mengalami masalah sakit perut yang amat sangat atau mungkin lebih dikenali dengan nama glamer iaitu Sembelit. Entah kenapa aku tak pernah fikir yang sakit ku hadapi hari Isnin dan setahun yang lalu adalah penyakit Sembelit ini.
Aku sebenarnya jarang sakit perut yang teruk sebelum ini. Cumanya aku rasa keadaan yang menyebabkan ketidaktentuan, tidak mampu tidur, peluh turun mencurah-curah sehingga terfikir akan kematian. Ia berlaku pada tahun lepas sehingga menyebabkan aku tidak dapat menyertai jamuan hari Raya Aidilfitri anjuran pejabatku. Dan ia berlaku lagi pada tahun ini. Cumanya tahap kesakitan kurang sikit berbanding tahun lepas tapi tetap menyebabkan aku tidak mampu untuk bertahan pada pagi Isnin lalu.
Aku terpaksa meminta bantuan isteriku untuk ke Hospital Alor Gajah kira-kira jam 5.00 pagi . Dengan keadaan mengantuk, terpaksa juga digagahi untuk memandu ke sana. Aku bernasib baik sebab tiada pesakit lain, tapi tetap perlu menunggu memandangkan aku bukanlah kes kecemasan. Tapi yelah, kita yang rasa sakit. Taulah situasi nya kan?
Jumpa doktor dan aku pergi X-ray untuk melihat keputusan. Doktor yang kali ini tak berapa friendly. Agak kerek sikit tapi takpelah, janji dia bagi ubat untuk aku melegakan kesakitanku ini. Aku juga diberikan injection untuk meletakkan ubat ke dalam badan. Menurut pembantu perubatan, dengan injection ia lebih cepat berbanding makan ubat.
Doktor memesanku supaya mendapatkan makanan yang lebih seratnya selepas ini. Dia juga menyarankan aku supaya berhati-hati kerana jika kerap situasai ini berlaku boleh menyebabkan ________ usus (seram nak menaipnya).
Aku selesai semua dengan mendapat bekalan ubat dan MC kira-kira jam 6.40 pagi. Sampai rumah aku solat Subuh (lewat) dan terus tidur.. Alhamdulillah ubat tu melegakan seketika sakit dan mampu membuatku tidur. Pukul 9.30 aku bangun dan ada misscall. Oo pejabat call ku. Ye lah, esok ada meeting penting jadi aku kenalah pergi juga ke opis.
Memang pedih bila kena sembelit ni.. Tak boleh buat main-main apatah lagi aku ni ada berdepan dengan kencing manis dan kolesterol. Sedih demi sedikit nikmatku telah ditarik. Mungkin petanda-petanda awal bahawa ianya semakin dekat.. Berapa dekat tu aku tak tau le.. Hanya Dia yang tahu.
Sambil tu aku cari juga info pasal sembelit ni dan jumpa di akhbar Harian Metro.. Elok aku kongsikan di sini sekurang-kurangnya boleh jadi rujukan diri ini..
CARA MENGATASI SEMBELIT
– Banyakkan minum air, sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Cara paling mudah adalah dengan memerhati isyarat tubuh dan minum apabila mula terasa dahaga. Jika air kencing mula berwarna kuning pekat, banyakkan minum air. ( Kena sukat la lepas ni.. Aku rasa kena mula semula diet yang seimbang.. Lepas puasa hari tu memang ke laut… Memang bantai je.. Dalam sebulan ada layan Mc D, KFC.. masa sebelum sakit ni pula ada hentam ketam goreng, bihun goreng daging burger dan ayam golek.. Sayur pun tak de usik sangat bulan ni. Mungkin salah satu punca.. Kena kembali semula makan tengahari dengan pelbagai ulam dan sayur-sayuran…)
– Makan lebih banyak serat termasuk bijirin, roti gandum penuh, nasi dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah dan sayuran sehari. ( Aku jarang makan bijirin. Nasi memang makan.. Lima hidangan buah? Adoi, nanas pun seminggu sekali je.. Kena cari buah yang sesuai juga ni.. Ramai cadangkan pisang tu)
– Lakukan senaman secara kerap. Di samping mengurangkan tekanan, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisme dan apabila metabolisme meningkat, proses untuk membuang air besar juga semakin pantas. ( Yup.. Aku jarang bersenam beberapa hari ni. Biasa ada juga melayan main bola dengan anak. Tapi dua hari lepas tak buat. Standby mak datang rumah dan hari Ahad kononnya tunggu orang nak daftar ahli .. Tapi tak datang.. Han….)
– Buang air besar dengan mencangkung kerana ia mudah membantu mengeluarkan najis dari dubur berbanding cara duduk. Berbaring dan kaki dinaikkan ke atas juga merangsang otot untuk membantu mengelakkan sembelit. (Alamak… Kat rumah memang duduk.. Kat opis pun takde tandas cangkung ni..)
– Mengambil makanan herba seperti halia dan kunyit yang boleh menguatkan fungsi hati, juga membantu mencegah sembelit. (Inshallah nak kena cari semula teh halia.. Kunyit nak makan apa ye? Nak buat sup ke?)
– Jauhi rokok kerana perokok tegar mudah mengalami sembelit. (Tak pernah.. adakah kena jauhi perokok? )
– Belajar menangani tekanan. Tekanan yang tidak terkawal boleh memberi kesan kepada fungsi badan. (Rasa ada sedikit tekanan.. Mungkin kena lepaskan sedikit kerja-kerja kepada sepatutnya supaya tekanan dapat dikurangkan..)
Sumber :- Harian Metro
Lain-lain informasi mengenai Sembelit
Sembelit Boleh Jadi Punca Buasir
Itu serba sedikit informasi mengenai sembelit yang aku boleh kongsikan. Mungkin korang ada lagi tips-tips yang lebih baik bagi aku mengatasai masalah ini..
Sambil tu korang boleh tengok infographic mengenai bentuk-bentuk najis yang boleh mengambarkan tahap kesihatan di Yourhealthblog.net
One Reply to “Sakit Perut : Adakah Sembelit ?”