Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sedar tak sedar aku telah menggunakan perkhidmatan domain Godaddy ini untuk tempoh 12 tahun.
Kalau ikutkan sepatutnya blog ni mungkin dah cukup gah.
Tetapi ianya masih sama sahaja. Tapi aku tetap juga berkarya di sini cumanya mungkin tidak terlalu aktif seperti dulu.
Apatah lagi setelah menceburi bidang Youtube, Tik TOk dan media sosial lain telah mengehadkan ruang untuk aku menaip.

Adakah anda tahu apa itu Godaddy? Itulah perkhidmatan pembekal domain antara terbesar di dunia. Ianya menjual domain yang biasa anda tengok di internet.
Contoh macam Zoolzarizi yang menggunakan dot com. Ada juga dot lain yang digunakan.

Kenapa aku guna Godaddy? Secara amnya, transaksi nak membeli domain guna Godaddy ni agak mudah. Kita tak payah nak tahu sangat pasal perkara teknikal yang menyakitkan otak.
Bagi penggunaan hosting pula aku menggunakan syarikat tempatan iaitu DataKL. Ini pun satu penyedia perkhidmatan terbaik yang aku guna.
Ye lah, kalau tak baik takkan aku boleh melanggan sampai 12 tahun. Dah beribu Godaddy dan DataKL dapat duit dari aku.

Aku harap untuk tahun 2022 , domain ini masih mampu dibayar memandangkan kadang-kadang terasa nak stop je menulis blog ni.
Bukan sebab penyedia perkhidmatan tetapi sebab sukar nak membahagikan masa.
Semoga aku mampu istiqamah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.