Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Mesti rakan-rakan yang bermusafir menunggu masa ini. Sekatan Jalan Raya di sempadan negeri akan ditamatkan malam ini menandakan bahawa sudah sampai masanya untuk rentas negeri.
Bagi mereka yang berada di perantauan memang telah bersiap sedia untuk menyusun jadual untuk pulang ke kampung. Ye la, kerinduan kepada ibu bapa dan keluarga dalam tempoh yang lama.
Bukan sahaja yang pulang bertemu keluarga , ada juga yang juga kehilangan keluarga di kampung. Ini masanya untuk menziarahi kubur sanak saudara.

Aku tiada isu tentang balik kampung kerana tinggal di negeri yang sama dengan ibu dan separuh adik beradikku. Hanya seorang adik yang sudah hampir setahun tidak diketemui.
Cuma mungkin nak kena melawat sanak saudara belah isteri di Klang. Ada bapa saudara yang meninggal akibat COVID yang meninggalkan ibu saudara keseorangan. Belum pasti bila waktu untuk ke sana.

Bagaimana dengan korang semua? Aku harap sihat sejahtera dan sentiasa jaga SOP. Sambil tu korang boleh singgah ke channel Youtube aku jika berkelapangan di url di bawah ni..

Channel Zoolzarizi


Itu sahaja buat masa ini.

p/s: Dah lama bersawang blog ni, nak kena bangkit semula ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.