Ucapan Selamat Hari Guru

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Hari ini 16 Mei 2021 merupakan Hari Guru,

Untuk tahun ini temanya adalah ‘ Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’.


Memang satu tema yang mengangkat martabat guru. Guru dipertanggungjawab untuk membina generasi baharu yang lebih baik terutama dalam keadaan mencabar kini.
Kalau ikutkan, selain pemimpin, ahli politik dan selebriti , profession guru ini merupakan yang hangat mendapat isu.
Korang tengoklah dalam internet, berapa banyak cerita yang dikeluarkan tentang guru ni.
Kalau yang baik oklah tapi yang negatif banyak berlegar di ruang maya ni.

Memang satu tanggungjawab yang besar kepada mereka yang memilih profession ini. Kalau dahulunya cikgu disanjung tinggi oleh mak bapak tapi kini seakan terbalik pula.
Aku kesian juga dengan cikgu-cikgu yang perlu berhadapan dengan pelbagai karenah ni. Bukan sahaja dengan anak murid, sebaliknya ibu bapa, orang atasan dan sebagainya.
Masing-masing menuding jari bila berlaku sesuatu isu berkaitan dengan guru.

Jadi tema Hari Guru tahun ini memerlukan iltizam yang kuat bagi guru-guru di luar sana.
Ditambah dengan COVID-19 yang menyebabkan kesukaran untuk guru berinteraksi terus dengan pelajar.
Sudah pasti didikan sukar disampaikan secara langsung.

[Kenanganku Dengan Cikgu ]

Aku terdengar juga rungutan guru tentang BDR ni yang menyukarkan proses pembelajaran. Aku harap guru-guru di luar sana akan terus berbakti dalam memandaikan anak-anak kita.
SELAMAT HARI GURU

BOleh tengok video ucapan Selamat Hari Guru dalam channel Youtube ku
https://www.youtube.com/watch?v=LYh5B9OGMiA

Sambil tu boleh baca Perutusan Perdana Menteri Sempena Hari Guru ke 50 Tahun 2021

4 Replies to “Selamat Hari Guru 2021 | Tema Hari Guru 2021”

  1. banyak jasa guru dan tak terbalas, hanya doa semoga mereka sentiasa dirahmati Allah. betul sekarang BDR memang mencabar, hendaknya cikgu sentiasa berkobar nak mendidik anak-anak murid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.