Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mula-mula aku nak ucapkan ‘Selamat Hari Raya’ untuk semua. Raya tahun ini memang berbeza kerana kita perlu menghadapi norma baharu yang tak pernah kita lalui sebelum ini.
Hari ni aku melanggan ASTRO First cerita Syif Malam Raya. Filem yang pada asalnya untuk tontonan pawagam terbuka tetapi dengan isu COVID-19 ianya ditayangkan secara pawagam rumah iaitu melalui ASTRO First.
Sebenarnya aku jarang melanggan ASTRO First ni tapi saja je nak tengok jadi aku laburkan RM15 untuk melihat filem ini dan pastinya sebab utama adalah kemunculan Youtuber Famous iaitu Syahmi Sazli serta teamnya terutama Yoe Parey dan Asif. Ada juga isteri Syahmi, Nisa yang turut berlakon dalam filem ini.

Aku tidak pandai nak bagi ulasan secara teknikal namun secara peribadi aku memberikan 3.5 dari 5 bintang bagi filem ini. Filem ini sebuah filem komedi seram dan agak baik. Filem ini sesuai ditonton oleh seisi keluarga kerana meskipun genre komedi seram namun seramnya tidaklah menakutkan sangat.
Filem ini mengisahkan watak utama iaitu Zaid dan Hisyam lakonan (Atu – Zero dan Sharif – Zero) yang bertugas sebagai penghantar mayat yang perlu melaksanakan tugas menghantar mayat pada malam hari Raya dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Dijadikan cerita, mereka juga membawa jiran , Mira (lakonan Reen Rahim) yang menjadi pujaan mereka ikut sekali dalam tugas tu.
Kenapa awek tu setuju untuk ikut sekali? Ada ceritanya, korang kena tengok sekali. Mira mempunyai seorang adik OKU bernama Yoe (lakonan Yoe Parey). Dalam perjalanan tersebut adalah beberapa isu yang cuba diketengahkan seperti isu penghinaan terhadap OKU dan sebagainya.
Dalam perjalanan tersebut, mereka terhenti sebab berlaku kemalangan yang menyebabkan keranda terlepas dan mayat hilang. Di sini juga ada kisah dengan kampung yang mereka lalu ini.
Okay itu serba sedikit sinopsis cerita ini dan berikut merupakan poin yang aku boleh simpulkan :-

1) Filem ini memang cuba untuk menggunakan populariti Youtuber terkenal Syahmi Sazli beserta teamnya. Cuma watak mereka bukanlah yang utama dalam cerita ini tetapi bukanlah tempelan. Sebaliknya ada fungsi masing-masing terutama Yeo Parey dan Asif yang mempunyai peranan yang agak besar. Yeo Parey meskipun membawa watak beliau sendiri namun ada ketenangan dan tak nampak berusaha.
Memang seronok tengok Yeo Parey melakonkan watak adik angkat Reen Rahim tu. Cuma aku rasa mungkin watak Syazmi perlu diubah sikit supaya lebih nampak bakatnya. Meskipun mungkin beliau lebih banyak untuk membantu Asif dan Yeo Parey tapi status Youtuber itu sepatut diangkat untuk mendapat watak yang lebih lagi.

2) Filem ini pada pandangan aku tidak terlalu kelakar sangat. Mungkin kadangkala terlalu banyak bercakap dan shot sering bertukar secara tiba-tiba. Mungkin shot Saiful Apek dan Ramona Zamzam di shopping Jakel (hahahaha. saja je letak kedai ni) boleh dikurangkan sebab tak nampak kekuatan watak masing-masing di situ.

3) Watak Asif kena rasuk jin Siam juga agak tergantung disitu. Mungkin tak perlu nak buat isu tersebut sebaliknya fokus kepada bomoh dengan cara lain…

4) Watak Sharif cari air dan lepas tu pass ke Atu sepatutnya boleh dielakkan. Kenapa nak buat dua kali kerja? Sepatut Sharif dah ambil air tu cukuplah. Mungkin time Sharif ambil air tu dia terserempak dengan pocong. Ia akan jadi lebih pantas dan boleh masuk shot lain.

5) Dari segi lighting malam memang aku rasa superb. Memang nampak jelas filem tersebut.

6) Ada scene Yeo Parey jumpa nenek kebayan ketika buang air kecil. Lepas tu Yeo macam kena rasuk je .. Tapi isu tu mati kat situ… Takde sinambungannya… Mungkin tak perlu..

7) Lakonan kumpulan Zero memang baik cuma Shaiful ada scene dengan bomoh yang aku nampak macam over. Dia macam cuba mengajuk Ropie masa mentera dibaca. Kurang rasanya. Lagi satu, shot wajah pocong tu agak dekat dan boleh nampak muka Saiful disitu. Dekat situ dah boleh baca siapa antagonisnya.

8) Lagu OST mungkin tak padu sangat rasa aku. Meskipun untuk raya namun macam kurang. Rugi sebab kebanyakan pelakon boleh menyanyi. Mungkin sebab terlalu ramai yang berlakon sehingga nyanyian kurang diberi penekanan.

Dalam filem ini mungkin ada beberapa isu yang cuba diketengahkan oleh Datuk Razak Mohaiden selaku pengarah cumanya ia tidak cukup kuat. Macam isu OKU yang sering dihina serta kepercayaan kepada bomoh.

Sambil tu korang layan dulu trailer Syif Malam Raya untuk buat pertimbangan samada perlu atau tidak untuk melanggan ASTRO First ni

Okay itu serba sedikit komen dan pandangan aku terhadap filem Syif Malam Raya. Ini adalah berdasarkan pendapat aku je.

One Reply to “Review Filem Syif Malam Raya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.