Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Tahun ini kita dapat menyambut Hari Raya kembali. Kalau 2 tahun lalu kita tak bergerak bebas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) , kini kelonggaran diberikan bagi kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Menarik juga tahun ini ada sedikit kontroversi bila sambutan Hari Raya berbeza sehari dari tarikh jangkaan dalam kalendar.

Ini menimbulkan pelbagai pendapat dari orang yang bukan dari bidangnya. Aku malas nak beri pendapat banyak kali, ada aku tinggalkan pendapat kat video Youtube , boleh tekan butang play untuk layan.

Aku pun terkejut juga pada mulanya. Tapi kena terima lah apa keputusan pihak Berkuasa kan? Kita ni tiada kepakaran jadi tak boleh nak komen suka-suka.

Hari raya pertama aku terus ke balik kampung.Mula-mula kampung ibuku yang hanya 20 minit dari rumah. Macam biasa situasi bermaafan dan bagi duit raya.

Boleh tengok video vlog Raya ni

Pagi di Jasin dan petang di Kuala Linggi. Ini memang rutin pada 1 Syawal 1443H. Penat juga lah sampai tertidur juga di rumah sedara. Tapi kita kena juga menyambut hari raya ini. Bukan selalu nak sambut kan?

Hari Raya kedua pula aku meneruskan langkah ke rumah bapa saudara. Di sana memang menjadi rutin sebelum PKP untuk berkumpul sanak saudara. Alhamdulillah dapat hadiah bertuah duit Raya. Jarang-jarang bertuah ni.. Biasa dapat bekas makanan je. Kali ni bertuah sikit tu.

Ok tu serba sedikit hari raya pertama dan kedua. Aku ingat nak buat sekali kenangan raya ketiga dan seterusnya tapi feel nak menaip tak berapa ada. Lagipun ada kisah menakutkan di raya ketiga tu. Elok aku simpan untuk entri akan datang ni..

Sambil tu layan sikit gambar kenangan

Cantik kan rumah pusaka ni ? Akan hilang sebab nak di renovate kan…

One Reply to “Selamat Hari Raya 2022, Kembali Berhari Raya Bertemu Sanak Saudara”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.