Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ramadhan telahpun meninggalkan kita. Memang indah Ramadhan apabila amal ibadah kita bertambah dan semangat juga bertambah. Namun perlu diingat bahawa bulan Ramadhan itu bukan penamat bagi kita untuk melakukan sesuatu yang menjadi rutin dalam bulan Ramadhan.
Ia perlu diteruskan sehingga ke akhir hayat kita. Begitu juga pada diri ini, ada beberapa perkara baik yang perlu diteruskan pada bulan seterusnya. Antaranya ialah :-
1) Berpuasa enam dalam bulan Syawal. Tinggal satu hari sahaja lagi untuk ditamatkan. Selain berpuasa dalam bulan Syawal, puasa pada hari Isnin atau Khamis amat dituntut. Selain itu dapat juga mengurangkan kolesterol dan kalori dalam badan apabila pengambilan makanan berkurangan.
Alhamdulillah, dalam bulan Syawal ini berat badan si Zool dalam sekitar 66-67 kg dimana sebelum Ramadhan lalu berat dalam 70 kg. Walaupun tidak mencapai sasaran 65kg namun ianya tidak jauh. Insyallah akan cuba diteruskan selepas ini bagi mendapatkan berat badan ideal dalam 55-60 kg.
Mungkin juga peluang untuk memenangi Pertandingan Biggest Loser Jabatan agak cerah ni.
2) Solat Jemaah di masjid. Agak lemah pada bulan Syawal ini terutama pada waktu Subuh. Yang dapat pun biasanya solat Isyak sahaja. Kena perbaiki diri sebab solat Jemaah di masjid amat dituntut walaupun dalam bulan selain Ramadhan. Lagipun bagus untuk mengimarahkan masjid bagi memastikan Fardhu Kifayah tetap dilaksanakan di kariah.
3) Berjimat dengan memasak. Dalam bulan Ramadhan selain dari pergi berbuka di masjid, nasi akan dimasak sendiri. Bukan susah mana pun memasak terutama guna ‘rice cooker’. Mungkin sukatan tak berapa cantik tapi masih sesuai untuk dimakan untuk sendiri dan isteri. Selain itu, kena juga banyak belajar masak kerana ia boleh menjimatkan perbelanjaan makan.
4) Bersedekah. Kena banyakkan bersedekah walaupun dalam bulan selain Ramadhan. Ini dapat memberikan kita kesederan tentang kesusahan orang lain berhampiran. Insyallah, rezeki akan lebih berkat dengan bersedekah ni.
5) Mengemas rumah. Dah hampir habis bulan Syawal dan tetamu pun dah tak datang tapi janganlah rumah menjadi lintang pukang. Kena juga melakukan sedikit sentuhan dekorasi untuk rumah. Tak semesti untuk tetamu tapi untuk diri kita juga.
6) Membaca Al-Quran. Saya tidak berdaya untuk mencapai sasaran untuk khatam Al-Quran maka selepas bulan Ramadhan ianya perlu disambung. Cabaran untuk khatam tahun ini juga. Walaupun nampak kepayahan tapi kalau cekal mesti boleh dilakukan.
Okaylah, itu serba sedikit perkara yang perlu diteruskan walaupun Ramadhan telahpun tamat. Mungkin anda ada idea lain yang boleh ditambah.
3 Replies to “Apa yang perlu diteruskan selepas tamat Ramadhan”