Minggu lepas cabaran aku untuk melaksanakan Office 365 di pejabatku. Korang tau ke apa itu Microsoft Office 365 ? Ianya adalah jenama Microsoft Office terkini. Bagi agensi Kerajaan, untuk mendapatkan perisian dari Microsoft perlulah menggunakan perolehan Kontrak Berpusat melalui syarikat Prestariang. Guna kaedah ini tidak memerlukan sebutharga kerana ia telah dimasukkan dalam Pekeliling. Jadi memudahkan proses perolehan.

Isu nak dapatkan Office 365 ni memakan masa yang agak lama juga. Sampai boss dah minta aku batalkan dengan pembekal ni. Tapi Alhamdulillah berjaya juga dilaksanakan dan Office 365 E5 telahpun diaktifkan. Nampak memang banyak fungsi dalam Office 365 ni. Selain perisian Office yang biasa seperti MS Word, Excell, Power Point, Access dan Outlook terdapat beberapa perisian lain yang diintegrasikan.

Yang paling diminati oleh bossku adalah Microsoft Team. Microsoft Team ini merupakan perisian yang boleh mengumpulkan beberapa orang ahli didalamnya. Boleh juga buat webcam dengan konsep seperti Skype(untuk makluman, Skype telah dibeli oleh Microsoft). Selain itu melalui Microsoft Team juga boleh dikumpulkan beberapa aplikasi seperti  Planner yang membantu untuk melihat progress kerja-kerja kumpulan. Memang disukai oleh boss lah.

Minggu lepas aku bersama En Fadil dan En Omar mengadakan latihan secara individu. Memang tak dapat nak habis kesemuanya tapi cukuplah buat masa ni. Banyak juga pertanyaan dari pegawai-pegawai yang akan dipaksa gunakan perisian ini. Aku harap mereka rajin untuk Explore sebab aku tak termampu untuk mengajar semuanya.

Macam mana dengan pejabat korang? Ada guna perisian Microsoft Office atau guna perisian terbuka?

p/s : Artikel agak singkat pada kali ini. Idea agak kabur minggu ni.

One Reply to “Training Microsoft Office 365”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.