Assalamualaikum dan selamat hari raya.

Baru-baru ni aku telah membeli dashcam untuk kegunaan rakaman di kereta Myvi SilverRay ku. Almaklumlah sekarang ni banyak isu pasal kaki buli di jalan raya.Risau juga lebih-lebih lagi aku ni agak cuai juga bila bawa kereta.
Mungkin bila ada kamera ni akan lebih berhati-hati dalam memandu. Jenama tak tau nak kongsikan sebab main beli je dari kedai. Dah le kena belajar sendiri. ALhamdulillah sedikit sebanyak aku dapat memahamkan setting asas kamera kereta ni.
Lepas menggunakannya untuk beberapa minggu tetiba aku mendapat idea. Korang kalau bawa kereta sorang-sorang biasanya buat apa? Dengar radio? Menyanyi kuat-kuat? Berangan ? atau bercakap sorang-sorang?
Hehehehe.. Keempat-empat perkara tu aku selalu lakukan bila memandu nak pergi kerja. Perjalanan 20 minit seorang diri memang bosan. Kadang-kadang aku akan berangan sambil bercakap. Tapi takdelah berangan sampai hilang fokus.
Bila bawa kereta akan teringat kisah-kisah lalu. Terkenang kawan-kawan yang dah entah kemana. Dan yang paling bosan bila teringat ada buat masalah dan bakal kena marah dengan boss kejap lagi.

Memandangkan kualiti audio agak baik bagi kamera kereta tu aku terfikir satu idea. Apakata aku buat satu vlog perjalanan aku pergi kerja. Jadi terhasillah satu video yang telah aku upload di Youtube. Vlog pertama aku buat mengenai kawasan UTeM.
AKu cerita serba sedikit kawasan UTeM. Mana tau ada orang search video tu kat Youtube bolehlah aku tambah lagi. Dan tiba-tiba aku terfikir untuk membuat Vlog celotehku ketika dalam perjalanan. Korang boleh tengok kat bawah ni..

Mungkin ada terkial-kial bila bercakap tapi anggaplah ini satu pelajaran baru buatku. Mungkin boleh jadi ikutan satu hari nanti ke. Ye lah, biasa kalau dalam kereta orang ambil gambar selfie tapi aku pula letak dashcam dan membebel pula. Kelakar kan?
Tak tau le kalau ada orang lain pernah buat camni.

VLog 1 : Perjalanan di Kampus Universiti Teknikal Malaysia Melaka

VLog 2 : Minat dan Hobi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.