Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebenarnya aku malas nak ngungkit bila hantar ke Bengkel Kereta ni..

Tapi tu la bila bayar angka yang agak tinggi tapi masih tak selesai, agak sakitlah juga..

Jadi aku buat juga artikel ini sebagai peringatan di masa hadapan.. Kisah ini berlaku pada kereta Viva isteri. Kereta berbunyi di sebelah kiri. Sebelum ini di sebelah kanan berbunyi kasar. Dan aku pun hantar ke sebuah bengkel Melayu ni. Aku sebenarnya ok je sebelum ni dengan bengkel ni. Pernah juga hantar Myvi dan aku rasa ok je.

Masa hantar Viva ni ke bengkel memang dapat rasa bunyi yang kuat pada bahagian kiri. Memandangkan aku ni agak buta pasal kereta jadi dimaklumkan ini yang mungkin perlu ditukar

LOWER ARM
ABSOBER MOUNTING
ABSOBER APM GAS
STEERING RACK BUSH

LABOUR
ABSOBER DEPAN
ABSOBER MOUNTING
LOWER ARM

Aku pun bukan reti barang-barang ni . Jadi ku terima sahaja..

Hari kejadian ada tambahan lagi barang yang ditukar iaitu :-

DRIVE SHAFT KIRI – MGM

BREKPAD VIVA – AW

Dan nilainya berjumlah RM1750 termasuk upah kos . Aku tak tau lah harga tu berbaloi atau tidak. Memandangkan aku ada sikit duit maka ku teruskan la juga. Selesai hari Ahad, isteriku pun bawa balik kereta tersebut manakala aku bawa Myvi.

Agak sibuk dalam seminggu ni dan aku tak mencuba VIva tu. Tapi hari Sabtu ku cuba bawa dan bunyi masih lagi.

Hm.. kena tunggu episod 2 ye.. Aku mungkin akan hantar kembali kereta ni. Doakan berjaya sembuh ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.