Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Buat bajet memang merupakan antara perkara yang malas nak dibuat. Bila ada kerajinan pula ianya tidak mampu konsisten untuk bulan yang berikutnya.

Dan bila tak buat bajet, selalunya kita akan sentiasa ‘burst’ . Saya sendiri secara jujurnya agak terlondeh pada bulan lepas. Entah mana silapnya, perbelanjaan telah jadi -RM200. Jadi untuk artikel kali ini saya akan berkongsi sedikit sebanyak pengurusan kewangan secara jujur. Mungkin ia sedikit memalukan tetapi ia boleh memperbaiki diri ini. Ye lah, kalau simpan tanpa catatan akan hilang begitu sahaja. Bila tulis kat blog ni sedikit sebanyak akan cuba mencari jalan terbaik untuk mengatasi isu ini.

Sebelum cerita pasal bajet Disember 2019, saya nak merenung kembali kenapa perbelanjaan ‘burst’ pada bulan Okt/Nov 2019 ni…

  1. Betulkan mesin basuh. Yup kalau ikutkan 2 bulan lepas telah membelanjakan RM150 tapi ianya tidak bertahan lama. Selepas google berjaya juga membetulkan isu air keluar tu dengan menggantikan mesin drain. Boleh tengok video ni . Untuk isu ini saya membelanjakan beberapa RM untuk melakukan pembetulan ni. Antaranya spanar pusing (T-type) yang bernilai RM20. Mula-mula nak beli kat MrDIY tapi beli je kat kedai hardware berdekatan. Lepas tu beli pula drain motor kat Lazada dengan harga RM60.00. Untuk tu je, dah RM80.00 dibelanjakan. Alhamdulillah nampak macam dah selesai tu.
  2. Paip berbunyi dan overflow. Yang ni aku kena panggil orang luar. Nasib baik ada jiran yang pandai. Rupa-rupanya tak susah sangat cuma kena naik atas siling untuk buat. Aku bagi upah dalam RM20 je sebab takde barang tukar dan agak pokai sebenarnya.
  3. Betulkan shower di homestay. Yang ni pun kena panggil plumber sebab kena buka jubin kat situ. Kenalah dalam RM100. Kalau ada ilmu rasanya kurang dari RM20 boleh buat tu. Tapi apakan daya. Tu je termampu.
  4. Side mirror diganti. Yang ni guna duit pendapatan pada bulan Okt/November 2019 dimana RM60.00 telah dibelanjakan.
  5. Bayar cukai pintu rumah Taman Maju. Kena dalam RM147.00 juga la. Kopak la juga bayar ni. Ooo ye, kepada sesiapa yang nak bercuti di Melaka, boleh tempah Homestay Taman Maju ye. Kira bolehlah bantu untuk aku bayar cukai pintu tahun depan pula. Hahahaha..

Bulan lepas juga aku cuba mengelakkan pergi ke pasaraya besar Mydin sebab bila tengok kembali banyak benda yang tak penting pun terpalit sama beli.

Untuk bulan Disember 2019 ni aku dah nampak beberapa benda yang luar bajet asal. Antaranya ialah :-

  1. Road tax motosikal yang dah tamat pada 23 November 2019 ni. Anggaran kira-kira RM250.00 (lupa kos sebenar)
  2. Lesen kenderaan . Nak masuk bulan Disember memang tarikh luput setahun diri ini dan juga lesen. Kira-kira RM60.00 perlu disediakan.
  3. Helmet motosikal Fatih. Jangka dalam RM50.00
  4. Service kereta Viva. Dijangka dalam RM300.00
  5. Jangka untuk pasang Aircond rumah homestay. Kira-kira RM1,000
  6. Yuran guaman rumah kedua : RM400.00

Kalau ikutkan kiraan ni sekitar RM2060.00 perlu disediakan. Aku menunggu bonus kerajaan negeri Melaka RM1,000.00 untuk menampung dan juga mengharapkan tempahan homestay yang mampu meningkatkan lagi pendapatan.

Selain itu aku harap juga yang blog ini dapat meningkatkan pendapatan Google Adsense dan affiliate dari klikjer.com. Kepada korang yang membaca artikel ini, bolehlah kongsi sikit bajet bulan depan. Almaklumlah,bulan hadapan merupakan bulan terakhir dekad 2010 ni maka kena ada perancangan terbaik. Sekarang ni aku pun tengah cuba menyusun untuk tahun hadapan.

Tahun ini ada beberapa cabaran dan diharap tahun hadapan dapat mengorak langkah lebih baik lagi. AMIN

One Reply to “Menyusun Bajet Disember 2019”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.