Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ni aku berkesempatan untuk menulis tentang pengalaman aku melawat ke pejabat Microsoft Malaysia. Lawatan yang telah cuba disetup dari tahun lepas namun tak menjadi kenyataan.
Kali ini aku berjaya melaksanakan lawatan tersebut yang dihadiri oleh 15 orang rakan sepejabat. Aku menaiki kenderaan jabatan kira-kira jam 8.45 pagi. Jalan punya jalan ambil masa hampir 2 jam juga.
Almaklumlah tak pernah ke sana jadi memang ada kesesatan sikit. Nasib baik penggunaan Google Maps dapat membantu sampai ke lokasi pada masa yang ditetapkan. Kira-kira jam 10.30 kami sampai di pejabat Microsoft Malaysia di Wisma Shell, Jalan Tun Sambanathan, Brickfields.
Sampai di sana kami disambut oleh En Khuzairi dari syarikat Prestariang iaitu partner bagi Microsoft antara jabatan kerajaan. Memandangkan boss dan timbalan boss tiada maka aku kena jadi orang tengah antara Microsoft , Prestariang dan Lembaga Perumahan Melaka.
Nasib baik wakil Microsoft adalah orang tempatan. Jadi bolehlah cakap dalam Bahasa Melayu.
Mendengar taklimat dari syarikat Prestariang cukup menarik minat. Banyak sungguh teknologi dalam Microsoft Office 365 yang boleh digunakan dalam kerja-kerja seharian. Selain dari manage files di dalam cloud, terdapat juga perkakasan dan perisian yang diperkenalkan dalam taklimat ni.
Korang pernah dengan Office 365 ? Kalau pejabat korang ada bajet, elok gunakan aplikasi dari Microsoft ni. Memang complete dari uruskan file, emel, setting mesyuarat dan banyak lagi. Kalau korang guna MS Office 365 ni, korang dah boleh buang Telegram, Whatsapp dari digunakan untuk kerja-kerja seharian.
Ianya lebih secure sebab dijamin oleh syarikat perisian terbesar di dunia. Selain itu, mereka juga mula memperkenalkan perkakasan terutama Microsoft Surface. Satu perkakasan seperti laptop yang menjadi kegilaan pengemar gajet sekarang ni. Cuma harganya agak mahal sikit berbanding perkakasan setara dengannya.
Dalam Office 365 tu ada aplikasi Microsoft Team yang cukup powerful dimana anda boleh buat video conferencing di dalamnya.
Selain dari taklimat Microsoft Office 365 kami juga di bawa melawat perkarangan pejabat Microsoft Office 365. Memang santai dan berbeza berbanding pejabat biasa. Tiada lambakan fail atau kertas di meja malahan ianya kosong tanpa kertas. Orang pun agak kurang berada di pejabat. Inilah era masa kini dimana pejabat tidak konvensional seperti pejabat biasa.
Aku juga diberitahu bahawa General Manager tidak mempunyai pejabat sendiri sebaliknya boleh duduk dimana-mana di kawasan tersebut. Memang suasana kerja yang tidak nampak stress seperti pejabat biasa.
Kalaulah aku memiliki syarikat sendiri, mungkin juga akan mengikut konsep sebegini. Selain santai, boleh menjimatkan ruang pejabat. Tak perlu ramai-ramai berada di dalam pejabat.
Itu serba sedikit pengalaman aku di Microsoft. Aku kongsikan beberapa gambar untuk kenangan diri dan korang semua. Bukan semua orang dapat merasa pengalaman berada di pejabat organisasi hebat ni kan?
One Reply to “Pergi Lawatan ke Microsoft”