Kursus Perolehan di Hotel Seri Malaysia

Seperti tahun-tahun sebelumnya, memang Jabatan aku akan buat kursus kewangan setiap tahun. Jika tahun sebelumnya, kursus berkisar mengenai VOT tahun ini tajuk ‘Perolehan’ pula.
Bagi yang tak menguruskan Perolehan , mungkin tertanya-tanya apa menatang Perolehan ni? Perolehan merupakan satu kaedah bagi Perkhidmatan Awam untuk membeli sesuatu Produk atau Perkhidmatan.
Sebelum aku membebel pasal hal Perolehan, aku hadir ke Hotel Seri Malaysia jam 7.59 pagi. Biasalah, aku kan lelaki yang TEPAT pada waktunya. Siap-siapkan peralatan sebab memang dah keje aku kena bersedia.
Nasib baik di Hotel Seri Malaysia itu telah disediakan projektor, cuma perlu sambungan dengan LAPTOP sahaja. Senang sikit kerja berbanding nak memasang projektor sendiri tu.

Mula-mula masuk kata-kata aluan perasmian boss dan terus bergambar. Memulakan majlis pada jam 9.45 pagi oleh Penceramah, Encik Munawir bin Mohd Rukun iaitu kakitangan dari Jabatan Akauntan Negara. Ini kali kedua beliau memberikan ceramah.

Macam biasa sebelum kursus kena ambil gambar bukti
Macam biasa sebelum kursus kena ambil gambar bukti

Beliau ni memang suka berborak dan bermacam cerita yang diberikan dalam ceramah tersebut. Tidak hanya FOKUS pada slide sebaliknya beliau juga memberikan contoh KES yang pernah berlaku samada secara pengalaman beliau ataupun yang lain.

En Munawir, Penolong Akauntan Kanan Jabatan Akauntan Negara
En Munawir, Penolong Akauntan Kanan Jabatan Akauntan Negara

Ini bagus kerana sekaligus dapat memberikan ILMU yang tidak dapat ditafsirkan dengan hanya membaca.

Mungkin korang sikit bosan tapi aku nak berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang boleh. Mula-mula Jenis- Jenis Perolehan yang terdapat dalam Perkhidmatan Awam ialah Perolehan Kerja, Perolehan Bekalan dan Perolehan Perkhidmatan.
Perolehan Bekalan bermaksud Barangan yagn dibekalkan bagi menjalankan sesuatu aktiviti, program atau Projek.
Perolehan Perkhdimatan pula terbahagi kepada 2 iaitu bukan perunding dan Perunding. Bukan Perunding bermaksud pengendalian kursus, penyenggaraan dan pembaikan, pencucian dan pembersihan, penyewaan dan pengurusan banggunan.
Perkhidmatan Perunding pula bermaksud perkhidmatan kepadakaran bagi kerja projek/
Perolehan Kerja pula bermaksud perolehan kerja pembinaan sivil dan mekanikal dan elektrik,

Terdapat banyak kaedah Perolehan iaitu melalui

1) Panjar Wang Runcit
2) Kontrak Pusat
3) Perolehan Darurat
4) Melalui Kontrak Kementerian
5) Melalui Penggunaan Kontrak Kementerian/Jabatan Lain
6) Pembelian Terus Bagi Bekalan dan Perkhidmatan dan Lantikan Terus Bagi Kerja
7) Requisition (Perolehan Kerja)
8) Sebutharga
9) Tender
10) Perolehan Secara Gotong Royong
11) Perkhidmatan Perunding
12) Perolehan Kerja Melalui Jabatan Teknik (JKR & JPS)
13) E-Bidding
14) RUndingan Terus (Bukan Kaedah tapi perlu mendapat kelulusan Kementerian Kewangan)

Rasa tak perlu aku menerangkan lebih detail sebab nanti pening pula korang kan. Aku pun pening juga sebenarnya. Kursus 2 hari itu membuka minda aku tentang beberapa kesalahan PROSEDUR yang pernah dilakukan.

Selain dari kaedah dan proses kerja Perolehan yang diceritakan ada juga tajuk mengenai ‘Elaun-elaun dalam Perkhidmatan’. Memang banyak juga elaun-elaun dalam perkhidmatan yang aku tak tahu selama ni.
Yelah, selama ni hanya ikut berdasarkan apa yang tahu je. Bila ada kursus ni baru tahu tentang SOP yang sebenarnya. Memang baik kursus ni dan sesiapa yang berada di Jabatan Kerajaan aku mengalakkan korang buat ceramah ni terutama yang bekerja membeli barang atau perkhidmatan.
Nanti ada benda yang baru korang perasan kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Secara keseluruhannya, penceramah memang terbaek dan lokasi juga menarik. Makanan yang dihidangkan juga memang menepati selera cuma aku terpaksa mengawal pemakanan. Almaklumlah baru dapat keputusan medical checkup tempohari. Kenalah berhati-hati dan mengawal apa yang perlu dielakkan. Makanan seperti asam tetel terpaksa aku pandang je lah.

OOO ye, En Munawir ni selain cool dia juga banyak berkongsi tentang dirinya mengawal perbelanjaan dengan menyelitkan duit-duit di tempat berasingan dari dompet. Kaedah yang memang menarik dilakukan oleh beliau. Selain itu beliau juga menceritakan bahawa setiap tahun beliau akan melancong sekurang-kurangnya 1 di negara Eropah dan 4 di negara Asia. Yelah, dia pun akan pencen dalam 3 tahun je lagi. Kalau korang nak contact dia, mungkin tahun depan dia akan bertugas di Institut Perakaunan Negara. Lagi senang la kalau nak panggil sebab memang kerja ceramah je nanti..

 

6 thoughts on “Kursus Perolehan di Hotel Seri Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.