projek

Cabaran 60 hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Memandangkan tubuh badanku semakin kurang menyenangkan. Maka aku perlu berbuat sesuatu. Ye, aku perlu memulakan semula apa yang aku tinggalkan sebelum ini. Apakah itu? Pengawalan makanan dan juga aktiviti riadah. Meskipun ketika Perintah Kawalan Pergerakan awalnya aku masih berada dalam saluran yang masih baik namun selepas masuknya bulan Ramadhan dan seterusnya Syawal, aku mula mengendurkan dietku. Pemakanan tidak terjaga , aktiviti senaman sekadar ala kadar sahaja.

Ini menyebabkan aku bertambah berat badan dari 61 kilogram meningkat ke 64 kilogram. Ini petanda yang tidak baik apatah lagi aku terkena Sembelit yang menyebabkan kesukaran untuk mengeluarkan najis dari badan. Jadi aku telah bertekad untuk memperbaiki dan memulakan semula program bagi menurunkan berat badan sekaligus menurunkan kadar gula dalam darah. Ooo ye, lupa nak sebut. Kadar darah aku juga agak tinggi iaitu 9.1 mol. Ini amat menakutkan diri ini. Aku akui ada beberapa tempat yang mula terasa sakit dan aku perlu memperbaiki bermula dari sekarang.

Aku memulakan cabaran 60 hari bermula hari ini iaitu 18 Jun 2020 dan akan melihat keputusan penuh pada 16 Ogos 2020. Kaedah yang aku buat adalah dengan mengemaskini aktiviti makan dan riadah yang dilakukan di dalam laman instagram ( zool78 ).

Sambil tu aku ada juga buat promo challenge ni dalam video Youtube aku.. Korang tengok lah video ni

Apa pendapat korang semua? Korang ada cabaran yang nak dilaksanakan ke? Atau korang pun nak menuju ke tubuh badan yang lebih baik selepas ini?

Bolehlah join cabaran 60 hari yang aku buat ni.. Kita sama-sama jadi lebih baik dan sihat.. AMIN..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

One thought on “Cabaran 60 hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.