santai

Selamat Hari Raya | Tak Boleh Balik Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Tahun ini sekali lagi kita menjalani Aidilfitri dalam keadaan yang sayu, sunyi dan sedih. Meskipun aku tidaklah mengalami masalah besar untuk bertemu ibu tapi terkesan juga bila tak dapat berjumpa sanak saudara yang berada di luar Melaka.

Adikku yang bermastautin di Klang juga tidak dapat pulang berhari raya. Kali terakhir pada tahun lepas ketika kenduri arwah Mak Ngah . Nasib baik masa tu COVID dah reda sedikit. Jadi dia dapat pulang seketika. Tapi nampaknya selepas itu, kes makin bertambah dan dia tak dapat pulang. Aku pun tak dapat ke Klang untuk bertemu saudara belah isteri. Tapi apakan daya, inilah takdir yang telah direncanakan oleh Tuhan penguasa alam. Ada hikmah disebalik kejadian ini. Kita selaku penduduk muka bumi kena berusaha mengelak dari musibah ini.. AMIN..

Sudah pasti Hari Raya akan kekal seperti tahun sebelumnya. Hanya mampu menjamu makanan di rumah sahaja dan tidak boleh bergerak jauh. Lebih menakutkan apabila kawasan berdekatan taman ni telah mencapai zon Merah.

Kepada yang tak dapat balik kampung tu, aku harap dapat bersabar. Mungkin kesabaran kita akan mendapat keberkatan pada masa akan datang.

Sambil tu layankan video ucapan Selamat Hari Raya

One thought on “Selamat Hari Raya | Tak Boleh Balik Kampung

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.