Uncategorized

Selamat Jalan Mak Ngah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Malam tadi aku dikejutkan dengan satu mesej Whatsapp group Keluarga dimana makcik ku yang bergelar Mak Ngah telah meninggal dunia.
Aku memang sedia maklum yang Mak Ngah ini mempunyai penyakit yang agak serius iaitu sakit jantung. Hampir sama dengan situasi yang pernah dihadapi oleh arwah bapaku (mungkinkah aku juga???).
Mesej jam 11.00 malam itu membuatkan aku terkesima sekejap. Aku memberitahu isteri dan terus bergerak menuju rumah Mak Ngah yang kira-kira 10 minit perjalanan.
Sampai di sana, terbujur kaku mayat Mak Ngah yang telah siap ditutup dengan kain batik. Terdapat beberapa orang kampung dan kami terus membacakan Yaasin dan tahlil.
Kira-kira jam 2.00 pagi aku pulang ke rumah untuk melelapkan mata. Mula-mula aku berkira-kira samada nak ambil half day pada kerja paginya tetapi memutuskan untuk ambil Emergency Leave juga.
Ini adalah adik kepada mak dan tinggal berdekatan dengan rumahku. Inilah makcik yang merupakan adik rapat mak ku. Kalau ada kenduri kendara biasanya dia dan keluarga yang akan datang awal.
Lagipun tiada ketentuan mendesak pada pagi kerja. Cuma ada meeting online dengan pihak MYNIC yang terpaksa ku subkan pada PPTM di bawah ku. Terima kasih Fuzaimi kerana melaksanakan program tersebut.

Majlis mandi mayat dan pengebumian di lakukan di Masjid Pondok Kempas, Selandar. Kira-kira jam 9.00 pagi ianya dimulakan. Proses mandi, kapan dilakukan di sana. Aku sempatlah menunaikan solat jenazah di situ.
Memang agak ramai orang yang hadir memberikan penghormatan terakhir. Adik beradik mak semuanya turun bagi menghormati arwah.
Sememangnya banyak juga kenangan dengan arwah Mak Ngah ni. Arwah pada aku adalah seorang makcik yang baik. Antara tanggungjawab yang berat adalah menjaga arwah atukku yang sakit suatu masa dulu.
Ooo. Teringat satu kisah aku pernah membonceng arwah Mak Ngah dari hospital Melaka sampai lah ke Pondok Kempas. Itu satu-satunya pengalaman aku membonceng mak cik ku. Selain dari mak dan adik perempuan, tak pernah aku bawa motosikal membawa wanita lain sejauh tu.
Itu masa arwah Mak Ngah bertukar syif dengan mak ku untuk menjaga arwah atuk.

Hidup Mak Ngah agak mencabar mengikut hematku. Dia meniaga kedai runcit bersama suaminya di kedai MARA di Selandar. Aku pernah juga datang melawat masa dulu. Kadangkala dia belanja minuman disitu.
Tapi perniagaan runcit memang mencabar dan akhirnya terpaksa tutup. Selain itu, mereka juga ada meniaga di medan selera di Selandar. Seingat aku, suami arwah memang pandai tebar roti canai dan biasanya arwah Mak Ngah akan buat air.
Sehinggalah selepas kematian arwah atukku, mereka sekeluarga berpindah ke rumah pusaka di Pondok Kempas. Masa dulu mereka meneruskan meniaga roti canai tapi disebabkan faktor kesihatan mereka memberhentikan perniagaan.

Mak Ngah dikurniakan 3 orang cahaya mata wanita. Ketiga-tiganya wanita dan telahpun berumahtangga. Dia mempunyai 2 orang cucu yang dijaganya. Masa aku di rumah, memang melolong cucunya yang dah faham pemergian neneknya.
Mak Ngah memang seorang yang baik. Dia memanggil mak sebagai ‘Kak Lang’ walaupun usia cuma berbeza 1-2 tahun sahaja. Memang selalu je kalau mak datang menziarah akan bercerita tentang hal keluarga. Ada beberapa isu yang aku terasa ralat tak dapat diselesaikan.
Takpelah, tengoklah macam mana.

Aku berdoa semoga arwah Mak Ngah akan ditempatkan di kalangan golongan beriman dan ditempatkan di Syurga Jannah. AMIN..

p/s: Tiada gambar untuk dikongsikan. Sekadar sedikit nukilan sahaja sebagai ingatan…

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

One thought on “Selamat Jalan Mak Ngah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.