santai

Selamat Hari Raya : Sambutan Aidilfitri gaya norma baharu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Agak lama aku tak menaip untuk blog-blog aku. Mungkin dah sedikit leka dengan Youtube (mohon singgah ke channel : https://www.youtube.com/user/ligakampung ) sehingga menyebabkan banyak masa dihabiskan di sana. Jadi aku kena kembali fokus kepada blog untuk meneruskan impianku.

Ketika aku menaip artikel ini, esok iaitu 24 Mei 2020 menandakan 1 Syawal 1441 H. Sambutan Syawal menandakan hari kemenangan selepas sebulan kita melalui bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini. Namun pada tahun ini ianya berbeza. Sambutan Aidilfitri perlu dilakukan mengikut gaya norma baharu memandangkan kita masih lagi perlu bertarung untuk memastikan kita menang menentang virus COVID-19.

Memang pasti ada kejanggalannya tapi kita perlu mengikut saranan kerajaan bagi mengelakkan perkara yang lebih teruk kerana virus ini tidak semestinya mempunyai simptom. Banyak kes menunjukkan pesakit menjangkiti orang lain tanpa disedari.

Antara kelainan yang perlu dihadapi adalah :-

  1. Ramai yang tidak dapat menunaikan solat sunat Hari Raya di Masjid. Terdapat SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dimana terdapat had maksimum para jemaah yang boleh hadir menunaikan solat sunat har raya. Itupun pihak masjid tersebut perlu mendapat kebenaran agensi agama negeri.
  2. Had kebenaran individu dalam sesebuah rumah pada hari raya pertama. Kiranya konsep rumah terbuka dah tiada. Ingat lagi kalau hari raya, rumah mak memang akan dikunjungi sanak saudara yang boleh melebihi 20 orang dalam satu-satu masa.
  3. Kebenaran kunjung mengunjung adalah pada hari raya pertama sahaja. Ini juga satu perbezaan berbanding tahun sebelumnya dimana hari raya kedua merupakan masa berkumpul kaum keluarga belah bapa sehingga bapa saudara akan menempah khemah untuk keselesaan pengunjung.
  4. Tiada aktiviti menziarah kubur. Kalau ikutkan SOP tidak dibenarkan untuk melawat kubur. Kenalah mengadakan bacaan tahlil atau Yaasin di rumah sahaja.
  5. Aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan. Bukan sahaja kami tidak dapat menziarahi saudara mara yang berada luar Melaka, adik ku juga tidak dapat pulang berhari raya buat kali pertama. Mesti sedikit sebanyak dia terasa. Macam aku, mungkin tak rasa sangat sebab rumah mak dalam negeri Melaka juga.
  6. Perlu standby topeng muka dan hand sanitizer sekiranya ada kunjung mengunjung. Aku rasa mungkin ada orang taman yang akan singgah ke rumah ni. Jadi kena bersiap sedia.

Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) juga telah mengeluarkan kit panduan sambutan Hari Raya yang boleh di muat turun di sini ( http://www.islam.gov.my/images/documents/Kit_Panduan_Hari_Raya_Di_Rumah.pdf ) .

Cukuplah setakat ini… Sambil tu korang boleh hiburkan diri dengan mendengar lagu Raya ni..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

One thought on “Selamat Hari Raya : Sambutan Aidilfitri gaya norma baharu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.