Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah kita sampai juga ke Tahun Baru Hijrah iaitu Muharam 1443 H. Memang cukup mencabar bagi tahun 1442H apabila kita tidak dapat melaksanakan Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Qurban seperti sebelumnya.

Aku bernasib baik apabila masih mampu menunaikan Solat Sunat Aidiladha (Aidilfitri tak dapat slot) dan dapat join geng taman buat qorban. Tapi masih dalam keadaan norma yang terhad. OOo ye, aku juga telah menerima dua dos suntikan vaksin (maaf takde buat blog) jadi dengan Pelan Pemulihan Negara yang dikemukakan oleh kerajaan maka semakin hampir untuk kembali normal.

KERETA VIVA KERING

Memandangkan aku malas nak buat artikel berasingan jadi aku cerita serba sedikit pasal kereta Viva isteriku. Nampaknya minggu ni aku mengalami isu berpanjangan. Roadtax dari MyEG pula tak sampai sebab budak penghantar telah hilangkan Roadtax tu. Kenalah aku buat temujanji dengan JPJ ni . BUkan satu tugas mudah nak dapat temujanji dengan JPJ ni..

Korang boleh tengok video cara nak buat temujanji dengan JPJ ni.

Setakat hari ni aku masih tak dapat slot lagi dengan JPJ. Dan semalam aku perasan kereta isteriku bermasalah. Ketika nak ke Alor Gajah lampu signal merah menyala. Adoi, pengalaman radiator bocor dan juga enjin rosak membuatkan aku alert jika ada isu-isu berkaitan kereta. Jangan main-main bila melibatkan enjin ni. Mau rabak ribu-ribu nanti. Aku pun tengok la kat radiator dan tangki. Sekali kosong da… Memang mengerikan kalau aku meneruskan perjalanan tadi. Dah lepas aku isi penuh air, maka aku menghubungi pomen kesayangan Rafi untuk temujanji pada hari Isnin. Alhamdulillah dia pun setting masanya. Selepas dia selidik tak nampak pula ada bocor dan dijangka mungkin sebab cap radiator tu. Dah memang kembang pun .. Tukarlah tu.

Harap-harap itu lah punca sebenarnya. Sebab kalau tukar hose memang melalak juga aku kena nanti ni. Macam yang kereta Myvi ku kena RM500 tu. Tapi puas hati la setakat ni..

Alhamdulillah tukar cap radiator, tukar minyak hitam, tukar plat depan satu set jumlah RM130. Kira okaylah tu..

Pendapat aku, kalau korang kena isu radiator kering, cuba dulu tukar cap. Kalau cara ni tak berkesan barulah seterusnya di kawasan hose tu. Semoga ada sedikit ilmu untuk kereta korang yang tiba-tiba radiator kering. Oo ye, kalau korang terasa kereta tetiba panas walaupun ada aircond cuba semak air radiator. Ada kebarangkalian juga isu ni..

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1443 H. Mungkin tahun ini masih sukar tapi inshallah tahun mendatang, sinar akan muncul. Kita doakan bersama..

Tonton Video Youtube Ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1443 H | Tema Maal Hijrah 1443H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.