Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Nampaknya tahun ni masih lagi dalam kesukaran. Jika tahun lepas tahun awal bagi pandemik COVID-19 menyerang dunia sekaligus memberi kesan kepada pergerakan kita. Tahun ini masih lagi isu untuk menziarahi tidak dapat dilaksanakan.
Memandangkan aku juga tidak sempat untuk mengadakan qurban kelompok di kariah makanya sekali lagi aku menggunakan syarikat EzyQurban ..
Aku rasa mesti ada antara korang semua juga yang menggunakan perkhidmatan secara talian ni. Semoga ibadah kami ni diterima olehNya walaupun kami tak dapat menatap binatang korban itu.. AMIN.
Berkenaan dengan Hari Raya Aidiladha tahun ni masih terasa lagi. Apa taknya aku masih berkira-kira nak pulang ke kampung. Harap-harapnya dah dapat dose kedua vaksin nanti kelonggaran dapat diberikan.
Dan didoakan juga semoga COVID-19 akan dapat dikawal terutama untuk hari raya akan datang. AMIN..
Sambil tu boleh layankan video ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha
One Reply to “Selamat Hari Raya Aidiladha 1442 H – Korban EzyQurban lagi”