Memang ada banyak perkara yang nak dikongsi tapi fokus pada 3 aktiviti yang dijadikan tajuk. Tapi kalau ada tetiba idea datang, adalah aku taip sedikit sebanyak kat sini.
Minggu ni cerita kerja adalah sedikit sebanyak. Kisah aku belajar programming pun masih belum cukup best. Masih terkial-kial nak belajar benda yang asas. Ooo ye, kali ini aku cuba mempelajari CodeIgniter 3 dan masih tunggang langgang lagi.
Terdetik juga dihati untuk meninggalkan usaha ini dan memberi tumpuan pada yang lain. Mungkin kena terima hakikat yang aku bukan bidang itu dan membiarkan mereka yang pakar melaksanakan idea-idea ku ini. Tapi untuk memastikan dilaksanakan, kenalah sedia ‘MODAL’,’SEMANGAT’,’KONSISTENSI’ dan sebagainya.
Kalau tak cukup, takut nanti terbengkalai lagi PROJEK STARTUP ku ini. Okay, kembali semula kepada tajuk-tajuk utama :-

Ibu Pulang dari Umrah
Alhamdulillah pada hari rabu yang lalu, ibu KesayanganKu akhirnya tiba di rumah pada jam kira-kira 3.00 pagi. Aku tidak dapat menyambut kepulangan ibu. Almaklum, rombongan tiba dengan van yang telah ditempah oleh agensi maka terus sahaja sampai ke rumah.
Esoknya dari opis aku singgah ke rumah mak. Mak bercerita betapa mencabarnya mengerjakan UMRAH. Memang kepenatan terasa dan tiada rehat mencukupi dalam melaksanakan ibadah UMRAH dalam rombongan selama 12 hari itu. Beliau juga menasihatkan agara kami pergi cepat-cepat dalam usia yang muda.
Ini kerana ia memerlukan tenaga yang kuat. Itu baru mengerjakan UMRAH, kalau HAJI lagilah besar cabarannya. Ooo ye, diharap ibu dapat mengerjakan ibadah HAJI dengan bapa pula lepas ni. Inshaallah.

Majlis Jamuan Makan Malam Kelab Sukan
Pada hari Jumaat lepas juga Kelab Sukan Lembaga Perumahan Melaka mengadakan majlis makan malam. Majlis makan malam yang diadakan pada hari Jumaat lalu di Hotel Equatorial, Melaka. Membawa Dak Fatih dan isteri sekali ke majlis tersebut. Tiba ke Majlis dengan tema ‘Glamour’. Tak tau camne nak glamour maka pakai je apa yang mampu.
Sampai dalam pukul 7.00 malam. Pergi menunaikan solat Maghrib tapi ada masalah nak naik lif. Kena ada kad baru boleh tekan nombor. Adoi, nasib baik ada yang membantu maka dapatlan naik ke tingkat 6 untuk menunaikan solat. Selesai solat Maghrib terus ke dewan untuk majlis tersebut. Memang agak besar juga dewan di Hotel EQ ni.
Majlis dimulakan dengan bebelan Pengerusi Majlis, Pengerusi Kelab Sukan dan Penaung Kelab Sukan. Lepas tu ada juga majlis jamuan sambutan Hari Lahir bulan November dan Disember. OOo.. Termasuklah AKU yang menyambut hari lahir pada 6 Disember tu. Walaupun memotong kek namun tak pula merasa makannya. Takpelah..

Gambar Majlis Makan Malam EQ
Gambar Majlis Makan Malam EQ

Memang agak mewah makanan di hotel 5 bintang ni. Mula-mula memang layan sate dulu. Dah setel baru makan nasi dengan hidangan yang menyelerakan tu. Dak Fatih agak terkawal juga walaupun ada sekali sekala jeritan nyaringnya. Tapi sebab mikrofon bising maka suaranya tak berapa kedengaran. Ada sesi karaoke tapi aku tak join sebab budak kecil ni agak meronta-ronta.
Bosan sebab pergerakan agak terbatas tu. Terpaksa dukung-dukung untuk dia lihat suasana. Ada juga acara cabutan bertuah yang mana semuanya dapat merasa hadiah. Memandangkan tak pernah bertuah sangat, dapatlah hadiah no 25 iaitu kipas berdiri. Takpelah, kira bersyukurlah juga dapat hadiah tu kan?
Balik kira-kira pukul 10.30 dan sampai rumah dalam pukul 11.30. Memang kali ni agak Grand majlis diadakan. Memang terbaik dan mungkin perlu dikekalkan lagi AJK nya..

Sambut Hari Lahir di Rumah
Selain sambutan hari lahir di hotel tu, ada juga buat majlis kecil-kecilan di rumah. Buat sambutan berdua termasuk anak buah yang juga menyambut hari kelahiran pada bulan Disember. Kali ini kek Secret Recipe beserta hidangan BBQ ayam serta ikan bakar menjadi upacara. Seronok juga mengipas dan makan nasi lemak beserta ayam yang dibakar sendiri. Tapi yang seronok bila berkumpul ahli keluarga.
Bukan selalu jumpa semua. Kadang-kadang sebulan pun ada yang tak cukup. Semoga ahli keluarga akan bertambah dan menjadi kukuh selepas ini. AMIN.

Sertai Marathon Antarabangsa Sungai Melaka 2015
Alhamdulillah pada Ahad lalu, aku berjaya menyertai Marathon Antarabangsa Sungai Melaka 2015. Ini pertandingan ke 3 tahun ini selepas ‘JCI Malacca Eco Run‘ dan ‘Colour Me Run’. Bunyi macam gempak tapi sebenarnya aku cuma sertai yang kategori suka-suka je. Acara 5 kilometer yang mana tidak layak untuk dikategori sebagai marathon. Tapi 5 kilometer pun bukan senang bagiku yang bukan seorang atlet ni.
Cabaran memang terasa untuk acara ini. Acara yang dimulakan pada jam kira-kira 7.45 pagi ini mencabar kekuatan ku. Jarak yang ditulis 5 kilometer rupa-rupanya menjangkau 6.5 kilometer. Satu jarak yang tidak pernah kubuat sebelum ini. Memang tidak mampu untuk ku berlari konsisten dan banyak berhenti jalan pada kejohanan kali ini.

Dapat juga bergambar di lokasi kejadian.
Dapat juga bergambar di lokasi kejadian.

Tak mengapalah, ia bukan perkara mudah bagiku. Walaupun terasa lambat namun matlamat menamatkan acara ini dibawah 1 jam tetap tercapai dan medal penamat dapat juga dimiliki. Okay, dalam larian ini juga aku bertemu rakan blog, Pilot Yohan. Walaupun dia tidak mengecam aku namun tak kisahlah. Kurang-kurang dapat juga aku ambil gambar dalam pertandingan ni.

gambar-bersama-peserta
Bergambar bersama peserta professional dan rakan, Pilot Yohan

Ye lah, aku masuk acara ni pun sorang-sorang. Dapatlah juga merasa ambil gambar berbanding 2 acara sebelum ini. Dalam acara ini, aku dapati beberapa kelemahan diri. Antaranya :-

1) Aku memakai pouch bag untuk meletak handphone, duit, kunci. Terasa gangguan di permulaan larian. Ini kerana terasa berat di perut. Mungkin lepas ni kena pakai pouch arm sahaja dan tak perlu bawa banyak barang.

2) Tidak cukup gagah untuk meneruskan konsistensi. Berdasarkan maklumat di Runkeeper, larian aku hanya pada 2 kilometer sahaja. Yang selebihnya banyak diselang seli dengan berjalan. Aku memerlukan lebih banyak latihan untuk meneruskan perjalanan dengan lebih konsisten.
Walaupun ada belajar sedikit ilmu dari orang yang biasa namun masih belum mampu mengikuti. Antaranya seperti menahan nafas, tetapkan pace dan mengira langkah. Aku ada mencuba mengira langkah dan nampak berjaya tapi masih belum mampu menggagahkan diri.

3) Air peluh mengalir hingga membasahi cermin mata. Ini lebih menganggu berbanding peluh di baju. Mungkin nak cari cara-cara yang lebih sesuai.

Oo ye, aku pun baru tau yang kat nombor baju ada cip. Rugi plak tak ambil masa walaupun masa teruk je.. OO ye, pencapaian aku dalam aktiviti setengah marathon ni adalah :-

Jarak : 6:53 kilometer, Masa : 56:40 minit.

Alhamdulillah, nampaknya tahun ini aku telah berjaya menyertai 3 larian dan mendapat 2 medal penamat. Semoga pada tahun depan akan bertambah lagi koleksi.

Medal Marathon Antarabangsa Sungai Melaka 2015
Medal Marathon Antarabangsa Sungai Melaka 2015

Tamat satu lagi minggu dan tinggal 2 minggu sahaja sebelum tahun 2015 melabuhkan tirai. Sekarang ni aku tengah merancang Azam tahun 2016. Korang dah ada ke?

p/s :- Sekarang ni tengah dalam proses menghantar artikel dalam ligakampung ke sini…. Nanti-nanti dah siap bolehlah tengok ye.

4 Replies to “Sertai Marathon Antarabangsa Sungai Melaka 2015, Majlis Jamuan Makan Malam Kelab Sukan, Ibu Pulang dari Umrah”

  1. tahniah bro …sudah banyak menempa kejayaan ‘kecil’ ..

    semoga berjaya mencapai banyak kejayaan yang lebih besar lagi pada masa yang akan datang..

    nak komen sedikit tentang gambar tu..nampak bergaya dan hensem..yang kurangnya pada perut tu..he..he…jangan marah

    1. yup.. setuju.. memang tang perut sedang diusahakan agar ilang one pack tu.. hahahah..salah satu sebab kenapa join marathon dan program larian ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.