Kembali lagi menulis dalam blog peribadi aku yang super ni. Super la sangatkan. Minggu ni takde mende sangat aku nak bercerita sangat pasal kerja.
Cuma nampaknya dalam 2-3 minggu ini Unit ICT kat Jabatan, akan tinggal aku seorang. 2 Pembantu Tadbir sedang bercuti. Satu sedang bercuti sebab dalam tempoh cuti bersalin manakala yang seorang lagi baru je bersalin beberapa hari lalu.
Inilah nasib kalau Jabatan ada 2 orang wanita yang sudah berkahwin. Kebarangkalian untuk bersalin pada waktu yang hampir tu ada dan aku kena. Nak minta pengganti rasanya tak berbaloi sebab tak sampai sebulan nanti Pembantu Tadbir yang bersalin pertama itu akan masuk.
Jadi terpaksalah aku mengadap seorang diri Sebutharga, presentation Ahli Lembaga Pengarah, tempahan peralatan ICT dan sebagainya. Inilah nasib Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di agensi yang kecil.
Okay, cukup dengan bebelan mengenai tempat kerja. Nanti tak seronok pula rasanya cerita hal kerja. Mulakan dengan tajuk utama.
Bapa ke IJN
Selepas ditahan wad di Hospital Jasin, bapa di rekomen untuk membuat tindakan susulan di Institut Jantung Negara(IJN). Aku tak dapat nak pergi sebab kerja lagipun mulanya adik perempuanku ‘offer’ nak bawa bapa tercinta. Pada saat akhir, abangku dan adik bongsuku bersama-sama menghantar bapa ke pusat rawatan jantung terkemuka Malaysia ni.
Aku tidak dapat bercerita tentang pengalaman sendiri namun adikku menceritakan kisahnya disana. Jadi aku kongsikan bersama kerana ada benda yang aku rasa perlu diketahui oleh korang semua, selaku pembaca yang kucintai.
Dari Melaka, bapa, abang dan adik bergerak kira-kira jam 6.00 pagi. Sesampainya di IJN dalam pukul 7.30 pagi, memang agak pantas juga tiba.
Sesampainya disana mereka terpaksa menunggu untuk daftar dan masuk ke doktor. Menurut adik, kakitangan di IJN tidak mencukupi. Ini berdasarkan pengamatan beliau melihat kesibukan jururawat dan doktor. Malahan ada doktor yang terpaksa keluar untuk memanggil pesakitnya.
Pembayaran dikenakan dan menurut adik, bapa dikenakan RM180 untuk pemeriksaan itu. Memang bukan murah tapi nasib baik abang ada. Walaupun tak bawa Surat ‘Guarantee Letter’ kerajaan namun dapat juga setelah menggunakan HRMIS.
Adik dan bapa masuk ke dalam untuk pemeriksaan tersebut. Menurutnya bapa perlu melakukan pemeriksaan yang lebih terperinci yang memerlukan beliau ditahan wad. Adik meminta doktor agar menangguhkan kerana ianya secara mendadak. Lagipun datang dari Jasin, tiada persiapan untuk bermalam disana.
Ditambah pula dengan PEMBAYARAN yang mengejutkan. Untuk sesi ‘warded’ itu kos yang diberitahu adalah RM30,000.00. Sekali lagi GL dapat menyelamatkan tapi ini pasti boleh menyebabkan sakit jantung bertambah pada pesakitnya.
Bayangkan, kalau orang yang bukan kakitangan awam serta berpendapatan sederhana atau rendah, pasti sakit jantung boleh menyerang kembali. Mungkin inilah sebab kenapa KITA perlu mempunyai perlindungan insurans. Mana mungkin nak cari RM30,000 dalam tempoh yang singkat.
Dulu, aku nak simpan duit kawin belas ribu pun sakit. Nak simpan RM1,000 setahun pun belum tentu boleh apatah lagi nak simpan RM30K tu.
Jadi aku nak nasihatkan kepada kawan-kawan agar memiliki perlindungan insurans untuk kepentingan di masa hadapan. Aku tak pandai cerita pasal insurans ni tapi ada kengkawan yang jadi ejen insurans ni. Jadi mudahlah juga nak tau pasal insurans ni.
Ubah Kedudukan Perabot
Mengubah kedudukan perabot adalah antara kerja dekorasi yang mudah. Kadangkala bila terasa kedudukan lama tu tak menarik, menukar kedudukan adalah satu cara mudah. Memandangkan anakku, si Fatih dah semakin laju merayap maka keadaan perabot juga perlu berubah. Kalau dulu, keadaan di ruang tamu agak sempit dengan sofa, kini ruang tersebut cuba diluaskan. Hanya satu sofa berada di ruang tamu.
Ini bagi memberikan keluasan yang lebih untuk Fatih merayap. Sekarang ni kejap je tengok dia dah ada kat tempat lain. Selain itu meja makan di diletak ditepi agar memberi ruang dengan hanya 4 kerusi yang digunakan.
Sesekali mengubah dekorasi dapat juga mengeluarkan peluh. Lagipun dekorasi menukar kedudukan antara tips berguna yang diajar dalam PANDUAN DEKORASI. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal dekorasi, boleh dapatkan ebook Panduan Dekorasi.
Tak perlu nak mengupah orang interior design. Cukup je dengan sedikit kreativiti dan usaha sendiri.
Sertai Program Larian Colour Me Run
Pada hari Sabtu lalu aku menyertai program larian ‘Colour Me Run‘ di Pulau Melaka. Ini merupakan penyertaan keduaku bagi program larian selepas menyertai program ‘Eco Run’ pada beberapa bulan lalu.
Berbanding program larian ‘Eco Run‘ tempoh hari, program ini lebih kepada suka-suka. Tiada medal disediakan cuma ada pek warna untuk disimbah pada peserta, cenderahati dan gambar diambil di booth.
Walaupun suka-suka namun secara amnya, penganjur kurang pengalaman. Beberapa masalah timbul seperti lokasi yang diubah pada minggu akhir. Pengumuman hanya diberitahu pada page Facebook sahaja.
Selain itu, kit larian diberi pada hari kejadian. Aku ambil kit pada hari sebelum pun hanya dapat baju je. Selain itu, jarak yang diwar-warkan sejauh 5 kilometer juga berubah kepada hanya 2.4 kilometer sahaja.
Prestasi larian aku agak baik cuma dari segi stamina ada sedikit lemah. Berdasarkan kiraan aplikasi Runkeeper, aku berjaya menamatkan jarak 2.35kilometer dalam jangkamasa 17:45 minit. Ia angka yang baik kerana purata kelajuan adalah 7:34 min/kilometer yang merupakan catatan purata terbaik ku.
Tapi agak kecewa sebab aku berhenti dan berjalan 3 kali dalam larian ini. Aku mensasarkan 3 berhenti kalau 5 kilometer tapi ini baru je tak sampai setengah dah banyak berhenti. Tapi nak buat camne, ada terasa kesakitan di belakang maka terpaksa berhenti dan jalan.
Minggu depan satu lagi cabaran yang perlu kutemui dan aku harapkan mampu untuk mencapai sasaran dalam Kejohanan Marathon Antarabangsa Sungai Melaka kali ke 2 anjuran MBMB. Heheheh. Bunyi macam handal tapi aku layan yang ‘Fun for Run’ 5 kilometer je. Kiranya kategori paling cokia dalam kejohanan tu.
Takpelah, aku masuk program ni bukan nak menang tapi nak mencari stamina dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Bila masuk kejohanan seperti ni, maka motivasi lebih dan aku perlu bekerja lebih kurang. Dengan ini juga aku akan mempunyai sasaran. Takdelah, asyik berlari suka-suka je kan.
Baru terasa nak selalu training bila masuk kejohanan ni.
PC Fair Melaka
Hari Ahad lalu, aku,isteri,anak dan adikku ke PC Fair di Melaka. Aku tak cukup duit kalau nak beli barang-barang komputer tapi adik bongsuku nak beli laptop. Beliau nak beli laptop untuk kegunaan peribadi. Maka aku yang ada sedikit ilmu tentang komputer ni kenalah ikut.
Tak banyak booth yang ada kat PC Fair ni. Cari berdasarkan bajet sekitar RM1,200 dan setelah survey beberapa booth, kami memilih booth NCS Computer. Laptop jenama HP dibeli. Tak perlulah nak beritahu harga tapi rasanya bolehlah dalam keadaan terkini. Cuma tak delah beli Intel Core, beli Celeron je.
Tapi adikku bersetuju untuk beli yang tu maka diteruskan hajatnya. Diharap laptop tersebut akan membantu beliau dalam kerja-kerja yang diinginkan. Cuma agak pening sebab kena guna Windows 10 dalam keadaan masih terbiasa dengan Windows 7. Takpelah, perlahan-perlahan nanti boleh pandai.
Aku pun ada rasa nak beli laptop tapi nak buat camne, modal tak cukup. Nak mengharapkan duit dari blog belum mampu lagi. Nak tunggu startup bergerak lambat lagi.
Apapun inshallah aku tetap berusaha keras untuk cari modal beli laptop tahun depan.
Lepas habis tu, aku pergi ke rumah kahwin rakan sepejabat di Taman Bukit Nangka. Alhamdulillah tahniah lah kepada Nizam walaupun mungkin dia tak baca blog ni. Haha
Okay, cukuplah nukilan untuk minggu ni dalam blog personal aku. Cuma tak best bila aku tengok kat google analytic yang ‘bounce rate’ blog ni naik sampai 8+.++% berbanding 5+.++ sebelum ni. Harap-harap korang rajin-rajin le baca blog ni dan blog aku yang lain ye.
Mahal giler kos kat ijn.. hmmm
nak pengsan bila dengo adik cakap tu.
tu belum kena operate bagai
kalau ada medikal card penyelamatlah
ramai sedara ciktom buat operate jantung di ijn..cuma tak pernah pulak tahu berapa harganya.,,,semoga ayah zool cepat sihat..
pehh..dah sampai windows 10?
aku baru merangkak dengan windows 7 nih.
memang pening woo… windows ni..
ada juga kenalan yang masuk IJN baru-baru ini, semoga cepat sembuh semuanya
Suami MV pun dah start join program larian ni, so target dia lepas ni marathon dengan triathlon pula…
RM30,000 mana nak cari sekelip mata…
fit juga masuk larian camni, hebatnya
Sekali hadap blog terus kongsi bermacam cerita. 🙂
dah lama berangan nak sertai color me run
Memang nasib badan, kalau staf 2 tiga orang, semua perempuan dan dah berkhawin..kena kita sorang je lelaki..hehehe