Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni aku buat satu je tajuk utama. Jadi mungkin ada fokus utama pada entri tersebut. Nak cerita pasal kerja pun tak berapa ada yang menarik cuma hari Selasa lalu ada mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Melaka.
Mesyuarat bermula dalam pukul 9.30 dan habis jam 11.30 malam. Memang mengantuk je tapi apakan daya itulah tugas seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Kena standby jaga slide presentation.

Berbalik kepada tajuk utama di atas. Hari ini aku menyertai Perarakan Sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhamad s.a.w (Maulidul Rasul) 1437H peringkat negeri Melaka. Masuk ni dah 4 kali aku sertai perarakan ini mewakili jabatan ( klik sini untuk artikel perarakan 1431H , perarakan 1436H yang ditransfer dari ligakampung.com, yang perarakan 2 tak sempat buat entri).
Untuk perarakan kali ini aku tak boleh minta isteriku hantar dan tunggu di Masjid Al Azim. Ini kerana beliau juga terlibat dengan perarakan tersebut. Maka terpaksa cari alternatif. Walaupun Jabatan tak sediakan kenderaan tapi memandangkan jabatan ada van maka kenalah ‘kowtim’ ngan driver. Sebelum tu, pagi-pagi kena hantar Dak Fatih dulu ke rumah pengasuh. Gerak dalam pukul 6.10 minit pagi, dan tiba di pejabat pos Bukit Baru sekitar jam 7.00 pagi. Ingatkan belum sampai, tapi memang tepat ketibaan driver dan van tersebut. Parking sahaja di tepi jalan di depan Pejabat Pos Besar Melaka tu.
Risau juga parking tepi jalan tu. Takut kang kena sita pula oleh penguatkuasa tapi bila fikir yang ini merupakan majlis rasmi maka selamba je parking situ. Asalkan tak ganggu perjalanan kenderaan lain sudahlah kan.

Gerak dari Pejabat Pos dalam kira-kira jam 7.15 pagi dan tiba lebih kurang 7.30 pagi. Lepak kejap sambil minum-minum di kedai makan bertentangan Stadium Hang Tuah yang menjadi lokasi perhimpunan tersebut. Hanya mengorder milo suam sahaja kerana takut nanti ada masalah pada perut. Tak rajin nak pergi tandas yang agak jauh di UTC tu. Maka aku dah isteri berpisah selepas beliau bertemu dengan rakan sepejabatnya. Kontijen aku adalah bernombor 34 manakala isteri adalah 118. Memang agak jauh berbanding kami yang mungkin akan tiba awal. Untuk makluman, ada 119 kontijen menyertai perarakan tersebut pada tahun ini. Sesampainya ada beberapa rakan yang telahpun tiba untuk bersiap. Selang beberapa minit ketika memasuki upacara menyanyi lagu Negaraku, hujan renyai-renyai mula turun.
Aku dan beberapa orang rakan mencari teduh di belakang papan tanda. Walaupun berteduh namun air tetap juga terasa tempiasnya. Memandangkan kena berdisplin maka kami terus ke lokasi yang ditetapkan. Dengan hujan renyai-renyai kami turun sambil menutup badan dengan banner Jabatan. Memang tak boleh tahan. Aku yang memegang kayu banner tu sering kali kena tempias air sehingga baju boleh dipulas keluar air. Tapi bak kata Ketua Menteri, inilah pengorbanan kita terhadap kecintaan terhadap Rasulullah. Mungkin sedikit pengorbanan ini akan dibawa ke SANA nanti.
Selepas ucapan dari Pengerusi Program, YBhg Datuk Yaakub Md Amin serta ucapan perasmian dari YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir Idris bin Haron maka perarakan dilepaskan. Hujan mula membasahi namun telah mula berkurangan. Dengan semangat cintakan Rasulullah, masing-masing berselawat dan berjalan dengan segaknya.

perarakan
bergambar sebelum perarakan bermula
perarakan
Bergambar Ketika Hampir Memulakan Perarakan
perarakan
Bergambar Selepas Tiba di Masjid Al-Azim

Perjalanan dari Stadium Hang Tuah menuju ke Masjid Al-Azim sekitar 3.8 kilometer itu mengambil masa kira-kira 1 jam (berdasarkan catatan RunKeeper yang ku rekod). Memanglah kalau nak bandingkan dengan Marathon Antarabangsa Sungai Melaka 2015 yang kusertai ianya kurang namun tetap terasa kepenatannya. Apatah lagi dengan ‘pace’ yang perlahan terpaksa mengikut rakan-rakan. Agak letih juga le. Lagipun perarakan ini pakai kasut kerja dan baju Melayu. Sudah pasti berbeza berbanding larian yang berbaju t-shirt yang kusertai. Apapun dengan perarakan ini sedikit sebanyak kalori dapat dibakar.

hang-tuah-ke-al-azim
Data Perjalanan yang direkod dalam apps Runkeeper

Sesampainya di Masjid Al-Azim macam biasa ada sesi bergambar. Lepas je ambil gambar, terus aku seorang diri menuju ke khemah makanan. Memang banyak khemah makanan cuma jenis hidangan hampir serupa, bihun goreng, karipap, popia dan roti canai. Aku layan kesemua makanan tu sambil minum air bandung. Dapatlah membasahkan tekak sambil menambah semula kalori dalam badan. Hahahha. Ini antara tips yang dilarang dalam kalau nak kurus. Nak tau Formula kurus? Klik sini.

Di perkarangan jalan di Masjid Al-Azim ada banyak khemah perniagaan disediakan. Aku jalan-jalan ada juga ternampak satu booth jual kasut. Nampak cam ada kasut sukan untuk lari-lari tapi memandangkan tak berapa yakin sesuai maka hanya tengok sahaja. Nak beli tak berapa berani kualitinya. Sambil tu aku menunggu isteri yang berada dalam kontijen Pejabat Kesihatan Alor Gajah. Kontijen 118 iaitu ke-2 akhir. Dalam kira-kira pukul 10.45 pagi mereka tiba dan aku biarkan dia makan dahulu sebelum pulang dalam pukul 11.00 pagi. Sebelum balik, singgah Mamaku berhampiran Tesco Peringgit sebab isteriku nak tengok baju untuk Fatih. Macam biasa, kenalah tunggu dan ada pembelian berlaku. Lepas tu balik, singgah Hong Leong Bank untuk masukkan duit bayar kereta guna mesin. Dah selesai singgah ke Coconut Shake Batu Berendam untuk beli coconut shake special yang berharga RM3.20 satu.

Pergh, beratur la juga. Nampak semakin maju Coconut Shake di Batu Berendam, bukan hanya kedai dia kedai sebelah pun semakin banyak. Pekerja pun cekap je buat kerja. Antara bisnesman Melaka yang aku salute dengan kejayaannya.

coconut-shake-bt-berendam
Coconut Shake yang popular di Batu Berendam melaka

Itu saja untuk kali ini. Macam mana korang semua? Ada sertai perarakan Maulidul Rasul ke? Ooo ye.. Bila pergi perarakan ni, kadangkala terfikir juga adakah kita dapat menghayati atau sekadar melaung-laungkan sahaja salawat tu? Entahlah, sama-sama kita renungkan.

6 Replies to “Perarakan Maulidul Rasul 1437H Peringkat Negeri Melaka”

  1. nampaknya tahun ini saya sibuk dengan bekerja..tak sempat mengikuti mana-mana program yang dianjurkan oleh pihak masjid..

    tahun sebelum ini macam ok je..

  2. Berkat betul orang sertai perarakan ni.. dapat baju sponsor kan? 🙂
    Syahdu sangat rasa walaupun tengok kat TV ja. Orang yang berarak tu mesti lebih rasa auranya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.