Minggu ini aku agak sibuk dengan isu tuntutan hak selepas penipuan oleh kedai perabot (Inshalllah bakal dituliskan artikel pada masa hadapan) jadi agak kering idea nak menulis.
Tetapi pada minggu lepas juga aku mendapat berita bahawa salah satu usaha unitku yang telah memasuki inovasi telah mendapat kemenangan. Alhamdulillah projek sistem yang dicetuskan oleh bossku mendapat pengiktirafan selepas berjaya mendapat tempat kedua bagi kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan – Penambahbaikan.
Projek sistem maklumat perumahan di negeri Melaka ni telah dihasilkan kira-kira 2 tahun yang lalu dan sekarang ni masih dilakukan penambahbaikan.
Memang bukan mudah tapi kami berjaya juga menghasilkannya. Secara jujurnya, kredit perlu diberi pada programmer opisku yang bertungkus lumus menghasilkan sistem tersebut.
Kalau ikut aku, ada banyak kelemahan yang perlu ditambahbaik tapi takpelah. Janji sistem tersebut berfungsi dan dapat memberi manfaat kepada penggunanya.

Memang bukan mudah memasuki anugerah inovasi ni. Selain kena buat pengaturcara, kami kena buat presentation di depan para penilai dari MAMPU, Yayasan Inovasi Malaysia dan UTeM.
2 saringan berjaya ditempohi dan akhirnya berjaya dinobatkan sebagai naib juara dalam kategori itu. Kira hebat juga sebab kalau ikutkan awal-awal kami merasakan patut masuk kategori ICT tapi nampaknya dimansuhkan dan digabungkan.
Berjaya juga kami menewaskan beberapa programmer lain yang lebih hebat di Jabatan-jabatan lain.
Apapun sudah pasti tahun depan akan ada lagi yang perlu di inovasikan oleh Unit kami. Semoga dengan kejayaan ini sedikit sebanyak membuka mata yang lain bahawa kami bukan sekadar penumpang sahaja di Jabatan.

Bergambar dengan ketua Menteri Melaka serta orang kenamaan Melaka

Kalau nak ceritakan dari awal memang banyak cabaran yang dihadapi. Seperti juga masalah yang dihadapi oleh programmer. Antaranya ialah :-

a) Masalah pengguna yang tak tau proses kerja. Memang menyukarkan bagi kami untuk membuat sistem. Sampai la ni, takde langsung carta alir diberi, Kami kena reka sendiri idea untuk proses kerja mereka.

b) Penggunaan sistem yang tak selancar mana. Bila sistem dibangunkan pengguna kena mencuba sebaik mungkin, Sekira ada pembetulan perlu diberikan secepat mungkin. Kalau dah siap memang susahlan nak ubah flow..

c) Semuanya mengharapkan programmer. Ini yang menyebabkan ramai programmer giveup untuk meneruskan kerja.

Itulah serba sedikit bebelan aku hari ni. Takde idea dan mood nak tulis panjang-panjang..

One Reply to “Tempat Kedua Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Melaka”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.