Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Pada hari Selasa yang lalu aku ke Kementerian Kewangan Malaysia. Ada program taklimat dari Bahagian Perolehan Kementerian Kewangan Malaysia dan dari syarikat Prestariang Sdn Bhd.
Apa dia program MLA 3.0 tu? Susah aku nak terangkan kalau korang bukan dalam unit perolehan untuk perisian atau perkakasan komputer. Cukup aku katakan ianya merupakan program kontrak berpusat antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Prestariang yang berhubung dengan syarikat gergasi Microsoft.
Program ni dilaksanakan bagi memberikan kemudahan bagi agensi kerajaan membuat perolehan perisian kelolaan Microsoft tanpa perlu melakukan sebutharga. Selain itu, kelebihan MLA atau Master Licensing Agreement adalah, sebahagian dari pembayaran itu akan dimasukkan dalam dana yang dikenali sebagai CEP .
Dana ini boleh ditebus samada untuk mendapatkan perkakasan Microsoft ataupun latihan berkaitan perisian Microsof. Aku telah tebus dana tersebut dengan buat latihan Microsoft 365.
Nak cerita panjang pasal program ni takut ada kesilapan , jadi korang kalau kerja sebagai orang IT kat agensi kerajaan boleh cuba rujuk sini.
Untuk makluman korang, program ini bakal tamat pada Julai 2020 ni, jadi perolehan kena buat sebelum itu. Kemungkinan besar program ni tak diteruskan lagi kalau tengok keadaan sekarang(tak boleh komen lebih..silap tulis nanti)..

Okay, aku teruskan cerita pasal pengalaman di Kementerian Kewangan dimana ini merupakan kali kedua aku singgah di banggunan ini. Sebelum ni pernah hadiri mesyuarat tapi kali ni datang taklimat pula. Agak santai dan tak perlu nak daftar dengan pegawai keselamatan. Terus je ke dewan besar.
Ooo ye, aku datang dengan menaiki driver yang hensem dan gagah. Pagi dalam pukul 6.45 gerak dari opis dan sampai kira-kira jam 8.45 pagi. Sampai je layan minum pagi. Tak terjumpa orang yang dikenali tapi sempat berborak dengan orang tak dikenali. Hehehehe..
Masuk je, dengarlah taklimat dari TSUK Kementerian Kewangan dan kemudian beberapa penceramah lagi. Agak blur la bila dengar ceramah tu. Sambil tu sempat juga aku tengok ‘stock market’ tapi tak menarik. Masih jatuh jadi aku tutup je handphone dan fokus kat ceramah tu.
Menariknya ada program cabutan bertuah disediakan dan pemenang utama dapat bawa balik Microsoft Surface. Memang gila gempak hadiah dia. Tapi cam biasa, aku tak dapat apa-apa la.. Susah nak dapat luck ni..

Sambil tu, aku sempat juga membuat video aku datang dan dengar ceramah di Surau Muhammad Al Fateh di Kementerian Kewangan tu. Menariknya sebab masa aku sampai kira-kira jam 1.00 tengahari tu, orang belum datang lagi.
Mula-mula ingat nak baring kejap sekali ada ustaz datang bagi ceramah. Aku sorang pula tu, dan ustaz tu bagi juga ceramah. Jadi untuk tidak membuang masa aku dengar ceramah dan ambil sikit ruang mengambil video tersebut.
Alhamdulillah . Korang boleh tengok video ni di sini.

Ok. Tiada gambar aku ambil kali ni..
Ooo ye, aku juga dah pakai handphone baharu iaitu Oppo A9 2020. Handphone ni aku beli untuk upgrade video-video yang aku hasilkan. Almaklumlah nak jadi Youtuber tersohor lepas ni. Kenalah upgrade peralatan kan? Korang boleh tengok juga peralatan yang aku upgrade untuk projek Youtuber tu kat sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.