Assalamualaikum dan salam sejahtera

Macam tahun-tahun sebelumnya, aku dan rakan seunit akan mengadakan kursus berkenaan ICT.
Tahun ini juga ada kursus dilaksanakan. Kali ini Microsoft Office 365. Diadakan sekali lagi di UTeM.
Bukan apa, pelaksanaan di UTeM lebih mudah. Dah siap ada makmal bagai. Kalau nak adakan secara di pejabat macam dulu nanti susah.

Memang kita sedia maklum yang perisian Microsoft amat powerful. Ia menjadi kegunaan jutaan penduduk di dunia ini.
Ia juga merupakan faktor utama munculnya antara lelaki terkaya di dunia iaitu Bill Gates.Bercerita pasal Microsoft Office 365 ni aku ada buat training Microsoft Office 365 di pejabat pada tahun lepas.
Tapi tak masukkan dalam blog ni pula. Jadi untuk kali ni aku kongsikan sikit.. Ooo ye, tahun ni sebelum COVID-19 aku telah berjaya mengadakan lawatan ke Microsoft. First time singgah ke sana.
Harap-harap akan datang dapat singgah ke pejabat Google pula. Kalau tak dapat sebab pejabat mungkin sebab Youtube ke.. Huhuhuhuh. Perasan, channel pun sendu..

Bercerita tentang kursus Microsoft Office 365 di UTeM memang ada cabarannya. Nak masuk kena daftar dulu di https://pkp.utem.edu.my/ . UTeM tak membenarkan orang masuk ke kampus tanpa arah tuju. Kalau dulu boleh tembus ke Kesang Pajak tapi kini tak boleh lagi.
Dikatakan akan ditutup sehingga bulan Disember 2020. Mungkin nanti bersawang post pengawal belah belakang tu. Huhuhuhuhu..

Microsoft Office 365 ni memang banyak kegunaannya. Aku banyak belajar melalui kursus yang dikendalikan oleh Puan Rafidah iaitu Pegawai Teknologi Maklumat di UTeM.
AKu juga ada mencari tentang bagaimana nak sharing kalendar antara Outlook dan Gmail. Nak tau? Nanti kalau kesempatan aku cuba kongsikan.
Aku tak mampu nak ceritakan intipati kursus tu tapi antara yang utama :-

1) Penggunaan emel MS Outlook.

  • Memang banyak fungsi outlook yang selama ini tidak digunakan secara optimum oleh kami.

2) Microsoft Team.

  • Sistem yang menggunakan kumpulan. Boleh buat video call, video meeting dan sebagainya,

3) Microsoft Streamer.

  • Microsoft pun ada streamernya sendiri..

4) Microsoft Planner

  • Kaedah untuk perancangan kerja-kerja seharian.

5) Microsoft Share Point

  • Perkongsian aplikasi pejabat seperti Microsoft WOrd, excell dan Power Point yang boleh kita kongsikan..

Aku ada nota. Inshallah aku akan cuba kongsikan .. Ada perancangan untuk menjadikan Bahasa Melayu. Tunggu bila siap ye..
Kepada korang semua, harga Office 365 bukanlah murah. Korang boleh tengok sini.
Harga memang berubah-ubah ikut nilaian semasa. Jadi memang tak boleh kongsi kan disini.
Tapi memang bukan murah-murah. Untuk maklumat lanjut ke https://www.microsoft.com/en-my/microsoft-365/buy/compare-all-microsoft-365-products?tab=1&rtc=1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.