Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ni aku nak cerita sikit pasal perkembangan channel Youtube aku. Dan channel Zoolzarizi yang menjadi topik utama perkongsian.
Seperti yang korang sedia maklum, channel Zoolzarizi ni aku ‘Restart’ pada awal Januari lalu. Memang banyak yang aku pelajari tatkala menjadi seorang Youtuber.
Berbeza dengan hidup sebagai blogger yang mana aku tidak perlu membuang perasaan malu, Youtuber memerlukan aku menjadi sesuatu yang baharu.
Aku perlu berani bercakap berhadapan kamera. Kena belajar serba sedikit tentang editing, berkorban masa (masa lebih panjang dari blogging), berkorban ringgit (beli barang-barang untuk video),mengejar view/subscriber serta belajar guideliness youtube.
Dalam tempoh hampir setahun ni memang banyak yang aku pelajari tentang Youtube ni. Kadangkala terlalu banyak sampai rasa nak give up je. Tapi takpe, kita pelan-pelan kayuh. Memang cabaran dia lebih sukar dari blogging tapi itu bukan satu halangan.
Halangan yang besar pastinya untuk mendapatkan konsistensi. Untuk penutup tahun 2020 ni aku kongsi sikit pencapaian Youtube channel aku dan 10 video yang popular di channel aku ni.
Maaf kalau ada yang tersesat sebab kata carian tapi mungkin kita boleh sama-sama belajar disini.

Channel Zoolzarizi menutup tirai 2020 dengan nilai 45.9K view , 1.6K watch time, 1.1K subscriber dan tiada pendapatan (jangkamasa 365 hari).
Untuk mendapat pendapatan aku memerlukan 4.0K watch time untuk tempoh 365 hari dimana perbezaannya adalah 2400 jam. Ia bersamaan dengan 40% pencapaian channel ini.


Masih jauh untuk melepasi syarat kelayakan watch time. Untuk tahun 2021 aku mengharapkan sinar baharu bagi channel tersebut. Tampak mencabar tapi tiada yang mustahil.
Aku memerlukan sokongan dari korang semua untuk mendapatkan jam tontonan sekurang-kurangnya 15 jam sehari. Susah? Memang tapi aku kena cari idea yang mungkin dapat menangkap hati penonton.
Inshallah kita teruskan. Dan mungkin mimpi nak dapat 100K subscriber boleh tercapai tahun depan. Siapa tahu kan?

Kalau ikutkan aku dah upload 202 video pada tahun 2020 ni. Eh macam menarik je nombor ni kan.. Tapi takpe kita boleh mencari motivasi lagi pada tahun depan.
Berbalik semula pada tajuk diatas aku nak menyenaraikan top 10 video dalam channel Zoolzarizi

1) Video Pasang Aircond Jenama Midea

Video paling mendapat view dengan tajuk pasang aircond jenama Midea. Video dalam bentuk bentuk vlogging memang terawal sekali. Mendapat 5,640 view (setakat 30.12.2020) merupakan video paling tinggi.
Dihasilkan pada 9 Februari 2020. Mendapat view tinggi sebab ramai orang mencari aircond jenama Midea dan persaingan agak kurang meskipun aku tak berapa pandai sangat pasal aircond Midea ni.

2) Adakah Youtuber Terkaya di Malaysia : Platabush

Video no 2 yang mendapat view tertinggi dalam channel ZOolzarizi. Setakat 30.12.2020 telah mendapat 5,119 view dan dihasilkan pada 1 September 2020. Memang ramai yang mencari pasal Platabush atau Youtuber Terkaya di Malaysia.

3) Youtuber Viral : Jangan Ikut Cara Video Sugu pavitra dan Dimas Pratama

Video no 3 ni naik mendadak pada bulan ketika di post tetapi slow la lepas tu. Video ni dipost pada 15 Mei 2020 dan mendapat 2,400 view . Rasanya video ni susah nak meningkat sebab mungkin ada kaitan dengan viral ketika itu.

4) Cara Tukar Coolant Kereta Myvi

Video no 4 ni mungkin video yang paling tinggi berkenaan DIY. Video yang dihasilkan pada 17 Mac 2020 ini agak evergreen dan masih ada pengunjungnya setakat ini. walaupun aku bukanlah pakar dalam DIY tapi ramai yang berminat untuk mencari info pasal tukar coolant ni.
Dah dapat 1,978 view ni.

5) Youtube 1 Juta Subscriber Malaysia Afiq Aiman COol (AAC Dream)

Video no 5 pula adalah mengenai review Youtuber AAC Dream. Aku dapat 1899 view setakat ini. Harapnya dapatlah 2000 dalam bulan Januari 2021 tu nanti.
Aku dapat banyak view sebab Afiq Aiman share kat Channel Community dia. Video ni aku upload 24 Oktober 2020.

6) Cara Menanam Nanas Mudah dan Ringkas

Video pasal nanas yang aku buat secara vlogging ni mencapai 1557 view. Video ni terhasil pada 17 Mei 2020. Cuma yang tak bestnya eksperimen tanam nanas tu tak menjadi.
Sulur yang ditanam secara potong empat tidak menampakkan pucuknya. Hahahahhaa

7) Mesin Basuh Air Tak Berhenti Keluar

Video ni dapat 1518 view dan dipublish pada 30 Mac 2020. Video ni dihasilkan untuk membaiki tapi akhirnya aku ambil keputusan ganti yang baharu je.. Hahahahahah.

8) Siapa Pengasas ML Studio

ML Studio merupakan antara channel yang cukup berpengaruh di Malaysia. Pada mulanya video ni tak berapa naik sangat pun tapi aku perhati makin meningkat dalam beberapa bulan ni.
Rasanya boleh lepas 2K view dalam tengah tahun 2021 ni… Video yang dipublish pada 3 Ogos 2020 ni telah mendapat 1,448 view.

9) Cara Baikit TOmbol Pintu rumah Rosak

Ini satu lagi video DIY yang aku buat. Memang nampak video DIY ni akan dapat banyak view. Video ni capai 1321 view dan dipublish pada 1 Mac 2020.

10) Isu bantuan Prihatin Nasional

Satu-satunya video yang aku kongsikan tentang isu semasa. Rasanya akan ditakeover oleh video lain dalam tempoh 2 bulan ini sebab isu ni dah basi. Video ni publish pada 31 Mac 2020 dan mendapat 1161 view..

Itulah 10 video aku yang mendapat tontonan tertinggi. Aku harap korang dapat membantu dalam meningkatkan lagi prestasi channel ini.
Boleh view secara playlist, https://www.youtube.com/c/ZoolZarizi/playlists dan subscribe. Inshallah jasa korang akan mendapat balasannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.