Perbarisan Hari Merdeka 2015 di Dataran Pahlawan

Lama pula aku tak jengok blog ni. Bukan MALAS tapi keadaan yang sedikit PENAT menyebabkan sukar nak kemaskini blog ni. Dengan kisah kerjanya, tambah lagi Anak kecil yang nakkan perhatian. Kena beri tumpuan kat budak kecil berbanding BLOG ini.
Tapi Aku curi-curi juga masa untuk taipkan sesuatu kat blog ni.

Semua orang tau (kecuali kau duduk dalam GUA) 31 Ogos adalah sambutan HARI KEMERDEKAAN. Mungkin ada terlupa berapa tahun sudah umur kemerdekaan Negara Malaysia ni, jadi aku ingatkan sahaja yang negara kita ni dah 58 Tahun Merdeka. Betul-betul dah MERDEKA ke? Itu aku tak boleh nak jawab, masing-masing boleh berikan pandangan masing-masing.
Apabila masuk Hari Merdeka ni, aku dan kawan-kawan seopis akan dipaksa untuk menyertai perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka. Masuk ni dah 2 tahun Kami perlu berkawad dari Dataran Pahlawan menuju ke Stadium Kubu, Melaka. Berpeluh memang usah kiralah, kaki lenguh pun tak tertahan rasanya. Tapi inilah perjuangan kecil yang mampu dilaksanakan.
Pandangan mata kasar mungkin takde apa-apa tapi sumbangan Patriotisme dalam diri masing-masing yang PENTING sekali. Bukan sekadar kena kawad masa perbarisan je. Persediaan berkawad dah bermula awal sebulan untuk memastikan persembahan pada hari Kejadian cukup cantik. Alhamdulillah, persembahan kawad pada hari ini lebih baik dari tahun yang lepas.
Perjalanan kiri kanan dari Dataran Pahlawan sejauh 3 kilometer mampu ditempuh dengan gerakan yang sekata.Walaupun ada juga waktu lari kaki antara sesama sendiri tapi keseluruhannya agak ok.
Walaupun baju tahun ni agak ‘berkaler-kaler’ dan saiz yang tak mengena tapi kira oklah. Baju pun FREE.. Nanti bolehlah pakai kalau nak pergi berkebun ke .

merdeka
Baju Merdeka Jabatan yang agak kalerful

Berkenaan dengan MERDEKA ni, aku sendiri tertanya-tanya apakah kita ni benar-benar MERDEKA? Adakah bila kita berjalan ke sana ke mari dengan keadaan yang rasa SELAMAT? Tak risau rumah ditinggalkan, tak kisah kalau nak berjalan ke mana-mana. Dalam keadaan sekarang, memang kerisauan sering melanda diri. Takut rumah dimasuki PENCURI, nak pergi ke mana-mana pun takut ada penyangak dan pelbagai kes lagi.
Apakan daya, ini lah zaman kita dimana kemerdekaan semakin hari diragut dengan kejahatan yang semakin berleluasa. Itu belum masuk lagi dengan kisah di MEDIA SOSIAL dimana kebebasan bersuara menjadi lebih ganas sehingga di luar.
Itu belum lagi ditambah dengan kehidupan yang terpaksa dikongsi dengan warganegara luar sehingga memberi masalah kepada kita selaku warga tempatan. Memang MERDEKA semakin sukar dicapai pada masa kini. Cuma kita kenalah cuba pertahan dan perbaikinya. Kadangkala risau apa yang berlaku akan datang ni. Macammana agaknya kehidupan anak kita 50 tahun akan datang. Entah masih ada lagi atau tidak kemerdekaan atau kembali diperintah oleh kuasa Luar. Wallahualam.

Aku tak mau tension lebih-lebih kat blog ni. Lagipun ada dengo berita esok Petrol ada sikit turun. Bolehlah sikit bergembira tatkala ini walaupun kesan mungkin tak sebanyak KESAN membeli barangan yang kena GST. OOo ye, esok masuk bulan September bermakna ada lagi 4 bulan sebelum tahun 2015 menutup tirainya. Banyak BENDA yang masih tak tergapai lagi tapi saki baki hari ini cuba juga diKEJAR apa yang termampu.
Kalau dulu aku rajin update PENCAPAIAN kat blog ligakampung.com tapi memandangkan blog tu aku nak tukar ke blog SUKAN maka aku dah tak catat lagi PENCAPAIAN bulanan. Mungkin akan datang aku buat kat blog ni tapi untuk bulan ni malas rasanya. Aku lebih banyak nak memperkemaskan blog dan diri ini. Nak mencari semula kekuatan diri bagi menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.

3 thoughts on “Perbarisan Hari Merdeka 2015 di Dataran Pahlawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.