Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni aku tukar drive shaft untuk Kereta Proton MyVi aku ni..
Sebelum ini aku tangguh-tangguh nak tukar drive shaft walaupun sebelum ni pomen-pomen dah bagi cadangan.

Bukan apa,ramai yang mengatakan tak perlu kalau bila pusing takde bunyi.

Tapi semenjak dua menjak ni bila aku nak gerak kelajuan 80 km/j je dah mula gegar. Jadi aku rasa eloklah ditukar sahaja drive shaft. Nak kata alignment , baru je bulan lepas tukar tayar. Ooo ye, lepas tukar tayar tu pun pomen dah bagitau tentang drive shaft tu.

Jadi lepas buat calculation serba sedikit aku pun ambil keputusan ni.

Lagipun dah 12 tahun kereta tu. Memang patutlah tukar antara peralatan penting bagi menggerakkan kereta ni..

Ok sambil tu, kita cuba cari apa itu Drive Shaft..

Drive shaft merupakan komponen yang menghubungkan kuasa dari enjin ke tayar kenderaan. Sekiranya rosak atau bermasalah ia boleh menyebabkan kenderaan terus berhenti, langsung tidak bergerak walaupun enjin masih hidup.

Tanda Drive Shaft Rosak

  • Semasa membelok, sama ada ke kiri atau ke kanan akan kedengaran bunyi ketek.ketek pada bahagian hadapan. Atau bunyi kruk krak kruk ataupun tuk.tuk tuk semasa membelok.
  • Semasa meneken pedal minyak untuk pikap mula kenderaan akan bergegar terutama bahagian hadapan.
  • Kenderaan akan bergegar apabila dipandu mencapai kelajuan tertentu (ini merupakan simpotom Myvi)

Sumber :- Teratak Info

Ni aku kongsi sikit gambar..

Harga untuk drive shaft sebiji RM235 x 2 =RM470.. Camne ok tak harga tu?

Sambil tu korang boleh dapatkan ebook di bawah ini untuk tips penjagaan kereta..

5 Replies to “Tukar Drive Shaft”

  1. Kalau ok dgn penggunaan barang half cut,,,boleh lah cari,,,sebab ia lebih murah. Yang penting ia original.

  2. Harga untuk drive shaft sebiji RM235 x 2 =RM470.. Camne ok tak harga tu?

    komen saya, mahal jugalah harga brg OEM ni….kalau saya lebih suka pakai half cut ori …lebih murah…cuma kena pandai cari & tanyakan betul2 pada kedai yg jual half cut ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.