Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Minggu ini aku yang selama ini cuba mengelak untuk makan ubat kencing manis akhirnya terpaksa akur.
Bukan apa selang beberapa hari ni aku rasa sungguh tidak sihat. Ada sekali tu ketika mandi terasa air mencucuk kaki.
Meskipun boleh ditahan tapi ia menimbulkan keraguan pada diri ini. Apakah kadar glukosa dalam badan semakin meninggi.
Memang semenjak dua menjak ni aku lalai. Tidak menjaga makan. Setiap bulan 2-3 kali makan KFC atau McD. Lepas tu melayan ayam goreng pasar malam.
Ditambah pula dengan kursus beberapa hari yang menyukarkan untuk aku menolak hidangan yang disediakan.
Sambil tu perasaan tidak sihat mengundang gundah gulana pada diri ini. Aku sudah hampir setahun tidak meneruskan temujanji dengan Klinik Kesihatan Selandar.
Jadi pada hari Rabu lalu aku ambil keputusan menelefon klinik. Pihak Klinik mensarankan supaya aku segera ke klinik untuk temujanji.
Keputusannya, doktor mencadangkan aku memakan ubat yang selama ini ku lari. Aku juga perlu menerima hakikat yang tidak mampu untuk mengelak lagi.
Lagipun kadar glukosa yang ku ambil semakin sukar dibendung. Telah melebihi dari angka 7 yang selama ini mampu ku tahan.
Ini petanda yang kadar insulin dalam badanku semakin berkurang. Jika aku tidak mengawal kadar ini, pasti akan memberikan kesan pada organ dalaman.
Jika ia merebak akan seterusnya menyusahkan orang di sekeliling. Jadi aku perlu juga mengambil jalan ini.
Memang mengambil ubat kencing manis bukan pilihan baik. Tapi perlu dilakukan meskipun aku mungkin akan bergantung pada ubat ini sehinggalah aku meninggal dunia nanti.
Ubat yang kuterima nampak banyak dan perlu dimakan 2 kali sehari. Aku akan ambil selepas makan malam dan selepas bersarapan.
OO ye, ubat kolesterol juga masih perlu diambil.
Kepada korang semua. Aku harap korang semua jaga kesihatan seawal mungkin. Jangan nanti bila dah berusia baru nak menjaga. Bukan tugas yang mudah..
Sambil tu layankan video-video aku berkenaan hal Diabetes ni..