Hari yang agak malang bagi diriku. Terpaksa mengeluarkan duit dari akaun bank untuk membeli sebuah handphone akibat kerosakan tiba-tiba Handphone Lenovo A680 yang baru berusia 1 tahun lebih.  Walaupun cuba di format namun error sering keluar menyebabkan aku mengambil keputusan drastik.

Memang drastik sebab Aku terus sahaja menyambar sebuah smartphone dari ASUS. Mula-mulanya aku ingin mencari ASUS Zenfone 4 tapi budak kedai tu kata dah takde keluar model tu. Katanya model baru adalah Zenfone C.

zenfone C

 

Aku tak sempat pun survey harga atau spesifikasinya tapi harganya kira cukup-cukup bajet maka aku terima sahaja. Model ASUS Zenfone C kalau kat maklumat ditulis ASUS Z007. Aku tak pasti samada harga RM500 itu berbaloi atau tidak. Ye lah, aku bukan reti sangat hal-hal handphone ni. Tapi tak kisahlah, dah beli jangan fikir balik (okay, aku dah tengok kat Lazada.com, memang harga banyak kurangnya). Tapi tak kisahlah, lagipun budak Melayu baru nak belajar meniaga tu. Cuma lepas ni memang kenalah semak dulu sebelum beli..

Aku dah guna sehari handphone ini, dari segi kualitinya agak BIASA-BIASA sahaja. Kamera memang standard agak rendah jadi kalau korang nak beli dan rajin main kamera aku tak galakkanlah. Tapi pada aku cukuplah untuk ambil gambar biasa-biasa sahaja. Mungkin lepas ni aku nak kena sambar kamera khas yang besar Megapixelnya ataupun beli GoPro je . Yang ni hanya 5MP kamera belakang dan 0.2 MP kamera depan.

Yang lain-lainnya aku tak boleh komen sangat sebab baru je pakai. OO ye, bateri pun biasa rasanya. Aku install Whatsapp, Telegram, Evernote, Facebook, Youtube, Runkeeper, Instagram buat masa ni. Tak tau apa lagi nak install akan datang. Takut juga nak install banyak-banyak nanti jem pula handphone ni.

Aku rasa cukuplah kegunaan handphone ni, tak perlu nak tambah banyak-banyak aplikasi macam handphone Lenovo sebelum ni. Cukup pakai yang seadanya je.

Sekarang ni pun aku tengah pening memikirkan Samsung Galaxy Tab 3 yang kadang-kadang padam tetiba je. Aku suspek bateri dia dah bengong ni tapi nak repair kena hantar Service Centre pula. Lagilah lambat nak dibetulkan nanti. Macam-macam hal pula sekarang ni.

Selain itu, hari ini aku menambah gas aircond kereta Viva isteriku. Risau juga takut benda lain yang menyebabkan aircond kereta Viva tak terasa sejuknya beberapa bulan ni. Aku pergi kat kedai servis aircond kereta kat Taman Tasik Utama. Nampak kedai memang cokia tapi tokei tu memang sempoi. Aku datang je dia tengah buat kerja boleh terus layan aku. Dia cuba masukkan gas dan berjaya (MyVi aku tak berjaya). Alhamdulillah selesai satu masalah. Risau juga aku sebab isteri akan masuk kerja bulan September ni. Takkan dia nak berpanas pula nanti. Tambah pula bayi 3 bulan yang sering merengek bila naik kereta sebab panas.Kesian pula kat beliau.

aircond05
Gambar Hiasan Semata-mata . Cilok dari SharingInfoz

 

 

Lepas ni nak fikir pula camne nak betulkan aircond kereta Myvi pulak. Yang ni agak complicated sikit sebab ada problem kat compressor pula tu.. Memang mau bengkok lah bulan ni. Dalam-dalam sakit poket ni ada juga terfikir untuk beli kereta baharu tahun depan ni. Tapi tak tau le kalau mampu ke tidak ni..

 

 

17 Replies to “Beli ASUS Zenfone C”

  1. bagi aku, Asus ni jenama yang stabil dan berbaloi dari segi harga dan performance… yelah..kalau nak banding dengan Lenovo yang semakin menurun prestasi walaupun murah… oppo pulak dah semakin mahal sebab viral di Malaysia kot…

    Model Xiomi makin menarik sekarang ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.