Pada hari Rabu lalu aku ada kerja luar untuk program pejabat. Program CSR atau Tanggungjawab Sosial dari Lembaga Perumahan Melaka untuk penduduk Kampung Tehel.
Program itu diadakan pada hari Rabu, 21 Jun 2017. Macam biasa aku pun terlibat sama dalam program tu. Program itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Jasin, YB Datuk Seri Hj Ahmad bin Hamzah.
Majlis itu juga dimeriahkan oleh YB Datuk Ng Choon Koon, ADUN Bemban. Kira bertuah kakak tu sebab rumah asalnya telah diperbaiki menjadi sebuah rumah yang lebih elok.

csr-tehel
Bergambar bersama-sama Ahli Parlimen Jasin, ADUN Bemban , tuan rumah serta kakitangan Lembaga Perumahan Melaka
ng choon koon
Datuk Ng Choon Koon, ADUN Bemban bersalaman dengan tetamu yang hadir. Aku pun kira tetamu juga tu. Hensem tak pakai baju T-shirt Jabatan tu?

Untuk persiapan raya juga terdapat sumbangan dari LPM seperti bahan makanan.

Aku sebenarnya ada beberapa aktiviti menarik yang dikongsikan tetapi takut ada ‘stalker’ yang datang blog ini. Jadi aku cerita sikit je. OO ye, lagi beberapa hari je nak sambut raya.
Ada beberapa benda penting yang aku nak fikirkan lepas raya ni. Antaranya :-

1) Nak beli handphone baru. Memang handphone ASUS Zenfone C yang aku beli kira-kira 2 tahun lalu sudah teruk. Cermin LCD dia dah retak dan masalah utama cepat habis bateri menganggu hidupku.
Alhamdulillah aku ada sedikit bajet dan target aku dalam RM1,000- RM1,200. Tak nak lebih. Kalau ikutkan aku dah mula survey dan pilihan mungkin Oppo.
Kalau ikutkan nafsu memang nak beli yang ni

oppo-r9s
Oppo R9S yang sexy dan cukup menggiurkan.. Klik Gambar kalau korang nak beli

 

Tapi bajet tak mengizinkan jadi mungkin aku akan menyambar yang ni

Oppo-A57
Oppo A57 yang mampu ku beli

Buat masa ni aku tunggu dulu lepas raya. Sebab kalau beli raya mungkin harga sedikit lebih. Tengok minggu pertama raya ada kemungkinan turun ke tak. Harap-harap begitulahkan. Er, korang yang banyak duit boleh lah beli guna link lazada tu. Untung-untung aku dapat komisyen boleh beli.. Hahhahahah.l.

2) Ibu dan bapa dapat tawaran menunaikan haji pada tahun ini. Inshallah lepas ni kena buat kenduri dan bantu-bantu untuk persediaan ibu dan bapa ke Mekah. Alhamdulillah, kita sama-sama doakan kesejahteraan ibu dan bapaku agar mereka mampu menunaikan haji. Walaupun keadaan bapaku tidak berapa sihat namun aku berdoa supaya beliau mampu menjejakkan kaki sekali lagi ke Mekah dan dapat menunaikan rukun Islam itu dengan baik.
AMIN.

3) Kenduri aqiqah untuk anak buahku. Nampaknya aku sebagai orang yang kenal dengan tokei kambing kenalah membantu. Dapatkan tarikh dan juga kambing terbaik untuk majlis aqiqah tu. Bagi korang yang nak buat aqiqah tu, aku cadangkan Ansal Ternak sebagai lokasi untuk buat Aqiqah ni.
Bukan sebab tokei ni kawan aku tapi memang dah terbukti banyak aqiqah yang dijayakan oleh syarikat ini. Bagi yang nak ternak kambing pula, cubalah dapatkan ebook rahsia kambing kat banner di bawah ni

4) Kena bertugas pada 1 Julai 2017 untuk Majlis Rumah Terbuka Hari Raya peringkat Negeri Melaka. Adoyai, tak dapat le Sabtu depan nak beraya-raya jauh-jauh. Nak buat camne, ‘Saya Yang Menurut Perintah’, kenalah hadap.

| SENARAI MAJLIS RUMAH TERBUKA 2017 MELAKA |

5) Bajet untuk selepas Raya. Harap-harap aku tak pokai lepas raya ni sebab banyak juga perbelanjaan yang kena disediakan. Nasib baik hutang-hutang bulanan telah ku selesaikan pada tengah bulan.

Memandangkan Syawal bakal menjelma beberapa hari ini aku juga ingin mengucapkan ‘Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1438H/ 2017 M‘. Maaf sekiranya ada salah silap yang pernah menguris hati korang semua. Nanti raya datanglah rumah. Hehehehe.. Macam le korang tau rumah aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.