Dah beberapa hari bulan Januari 2018 meninggalkan kita. Ada beberapa peristiwa yang boleh dijadikan kenangan dalam hidup ini. Untuk artikel hari ini aku nak mengimbau sedikit sebanyak kisah di bulan Januari lalu.
Mungkin ada yang boleh dijadikan panduan untuk korang dan juga aku nanti. Antaranya ialah :-
A) Sudah tiada lagi tonsil.
– Bulan Januari 2018 pasti akan terpahat dalam kenangan (selagi masih bernyawa dan masih ingat) sejarah hidupku. Kali pertama aku menjalani pembedahan tonsil.
Sebelum ini aku tak pernah buat pembedahan. Malahan bukan sahaja pembedahan. Itu juga kali pertama aku masuk wad di hospital. Pengalaman menjadi pesakit tonsil itu masih dirasai sehingga kini. Memang ianya bukanlah semudah yang dijangka. Kena jaga makan sehingga tonsil benar-benar sembuh dan merasai keadaan berbeza.
Keadaan berbeza yang aku maksudkan itu banyak. Berat badanku yang sebelum pembedahan adalah sekitar 66 kg terus turun mendadak ke 61kg. Kelazatan makanan pun telah berkurangan. Air liur yang berkumpul di waktu pagi membuatkan terasa loya semacam je terutama selepas bangun pagi.
Nasihat aku adalah jagalah kesihatan diri dan tonsil amnya. Aku tak tau macammana penjagaan sebenar tapi cubalah rujuk doktor. Memang azab juga kesakitan pada tonsil ni.
Selain itu aku juga nak nasihatkan korang dapatkanlah insurans serta ejen yang mudah dihubungi. Macam aku kena uruskan sendiri. Ni ada beberapa isu yang sedikit menyakitkan hati.HUhuhu
B) Kereta MyViku telah ada aircond
– Lebih dari setahun aku membawa kereta yang tiada aircond. Bayangkan bila waktu panas dan waktu hujan. Memang tak boleh tahan kadang-kadang. Tapi aku ambil keputusan untuk melakukan pembaikan selepas menemui satu Facebook Page ni.
Aku mengharapkan supaya ia akan mampu bertahan sekurang-kurangnya lagi 1 tahun lagi(sebab tukar hos je) dan tiada rosak kat compressor atau condenser yang lagi mahal harganya.
Lepas ni nak cari ‘Car Audio’ plak. Nak beli yang biasa-biasa je supaya dapat dengar radio. Nanti kalau nak jalan jauh takde lah bosan. Oo ye, tayar kereta pun nak kena tengok tu.
Awal bulan ni pun baru je tukar bateri kereta sebab ‘kong’ . Terlupa tutup lampu masa kerja. Lagipun dah lama juga bateri tu. Terbang la juga duit..
C) Perjumpaan dengan Pengerusi MIMOS
– Yang ni aku tak de tulis artikel kat blog. Tak sempat rasanya. Aku jumpa dia dengan Team MIMOS untuk bantu jabatan tentang hal-hal aplikasi. Tapi nampaknya macam tergendala sebab masalah teknikal sikit.
D) Barang Lazada Sampai
– Bulan ni aku ada beli beberapa barang dari Lazada. Yang satu dah sampai iaitu Laser Pointer HY303. Kenapa aku beli laser pointer ni? Ni sebab nak guna masa presentation mesyuarat. Sebab selama ni pakai laser pointer biasa tak boleh nak tembus TV LCD screen. Bila review nampak macam ok. Setakat ni aku tembak kat tv macam ok. Cuma belum lagi tembak kat bilik mesyuarat MMKN.
Harap-harap bolehlah lepas gamaknya. Sambil-sambil tu korang view lah video youtube aku review pasal Laser Pointer tu..
Sambil view tu bolehlah like dan share video ni. Untung-untung boleh up sikit view dan boleh cari income sikit. Hehheehe
E) Bulan yang Untung
– Alhamdulillah ada beberapa siri pelaburan ku mendapat untung dan ada juga income dari blog. Tengok dekat amaun paypal dah ada US1++. Sebelum ni susah nak lepas. Itu hasil dari orang luar negara yang memberi artikel serta link pada blog kesihatanku. Alhamdulillah sedikit usaha berbaloi. Tapi masih jauh perjalananku untuk jadi blogger yang mempunyai income selesa.
Harap dipermudahkan.
Okay cukuplah setakat ini. Selamat meneruskan kehidupan anda semua ye.