Bakal Menjalani Pembedahan Tonsil

Minggu yang amat tidak produktif bagiku dan aku pun tak berapa nak menulis sangat. Tapi aku rasa elok aku berkongsi sedikit kisah yang boleh dijadikan pengalaman hidup untuk kamu semua.
Semenjak dua menjak ni tekak ku terasa kering dan kadangkala ada terasa perit dalam menelan. Lebih 2 minggu aku terasa ketidakselesaan di kerongkong ku. Sebelum ini aku telah pergi ke Klinik Nazmir di Taman Tasik Utama.
Selepas melakukan pemeriksaan pada mulut, Dr memberikan aku ubat ‘Paracetamol’, ‘Antibiotix’ dan “Lozenges’. Alhamdulillah selang 2 minggu aku merasakan ada sedikit kelegaan tetapi masih terasa keperitan di kerongkong.
Aku mengambil keputusan untuk ke Hospital Pantai pada Sabtu lepas (23 Disember 2017) untuk mendapatkan kepastian. Hospital Pantai menjadi lokasi sebab insurans Great Eastern Takaful ku ada panel di sana. Lagipun Hospital Pantai di Ayer Keroh ini paling dekat dengan rumahku (lebih 30 kilometer juga).
Jadi jam 9.30 aku tiba berjumpa pakar ENT (Ear, Nose and Throat) Dr Shaharudin. Sehari sebelum tu aku dah call untuk buat appointment dan lebih kurang jam 10.30 aku masuk ke bilik untuk bertemu doktor. Doktor Shaharudin bertanya serba sedikit dan aku pun menjawab pertanyaannya.
Lepas tu aku pun pergi ke tempat dimana tekakku diambil secara kamera. Dan apa yang ditunjukkan memang menakutkan. Gambar itu menunjukkan betapa tonsilku telah membengkak dan ruang untuk udara dan makanan mengecil. Korang nak tau pasal tonsil ? Tengok blog ni.

Sebelah tu gambar tonsil normal dan yang bulat tu gambar tonsilku yang mula menutup..

Walaupun agak menakutkan namun aku tak terkejut berdasarkan kesan-kesan yang ku alami ketika ini. Memang terasa kadangkala pernafasan agak terganggu. Selepas bercerita serba sedikit Dr Shaharudin mencadangkan untuk membuat pembedahan tonsil kerana itu sahaja cara yang ada. Ini kerana bengkak tonsilku telah berada di stage 4. Dan tiada stage lebih tinggi dari itu.
Jadi aku bersetuju untuk melakukan pembedahan cuma tarikh untuk pelaksanaan belum di meterai.Tapi aku bagi juga medical card Great Eastern Takaful untuk diorang apply GL (Guarantee Letter).

Balik rumah aku pun memaklumkan kepada mak dan adik beradik. Mereka juga bersetuju agar aku melakukan pembedahan tersebut. Lagipun aku ada insurans yang belum digunakan maka inilah waktunya. Pada Ahad aku bekerja di PPR Krubong dalam majlis penyerahan Beg untuk PPR satu negeri Melaka. Ada sedikit ketidakselesaan bila ramai orang berkumpul. Oksigen sedikit terganggulah.
Pagi Selasa yang lepas tetiba aku terasa ketidakselesaan ketika tidur. OO ye, aku juga kerap buang air pada malam hari. Pada pagi Selasa, aku terasa peluh mencurah dan terasa seperti tercekik. Isteriku membawaku pergi ke Unit Kecemasan Rapi di Hospital Jasin jam 2.50 pagi. Agak malang sebab Hospital Jasin tiada doktor dan akhirnya aku pulang hampa selepas menunggu hampir 2 jam.
Pagi jam 8.00 pagi tu aku terus pergi ke Hospital Pantai berjumpa Dr Shaharudin. Beliau agak terkejut dengan kedatanganku. Aku juga meminta agar pembedahan dilakukan pada esok tetapi beliau menolak. Ini kerana katanya proses insurans memakan masa 3-5 hari. Agak menyedihkan tapi aku terima sahaja apa yang dimaklumkan.
Jadi aku menyatakan confirm pada tarikh 3 Januari 2018. Aku tengok dokumen-dokumen insuranku belum ditulis oleh doktor dan hanya ditulis pada waktu itu. Aku redha dan terus pulang ke pejabat. Ketika di pejabat tiba-tiba aku terima satu SMS seperti di bawah ni

SMS yang diterima

Aku kurang mengerti maksudnya dan aku cuba menelefon Hotline GE. Alhamdulillah, GL aku telah diluluskan. Bukan mengambil masa lama seperti yang dinyatakan oleh mereka. Tapi takpelah, aku terima dengan redhanya. Dalam minggu ni aku cuba menyelesaikan beberapa kerja tertunggak dan telah menyatakan keadaan kepada boss serta pegawai.
Pada 2 Januar 2018 nanti aku akan hadir ke Hospital Pantai pada waktu petang untuk ‘checkup’ sebelum proses akan dilakukan pada 3 Januari 2018. Ini merupakan proses pembedahan pertama bagiku jadi sedikit sebanyak ada kerisauan. Tapi aku lebih risau pada hari menuju ke Rabu tu. Semoga tiada apa-apa musibah berlaku dan aku boleh menjalani pembedahan dengan jayanya.
Ooo ye, aku ada bertanya juga dengan doktor tentang kos pembedahan kalau tunai. Dia memberitahu bahawa kos adalah RM10,000. Walaupun mungkin mampu cari, tapi rasanya baik gunakan je insuranku. Ooo ye, opisku juga ada insurans Takaful Malaysia tapi aku pakai insurans sendiri sebab takut isu ‘waiting period’ yang berlaku kat rakan sepejabat tempohari.

Mohon rakan-rakan mendoakan kesejahteraan saya. Inshallah Allah akan membalasnya.

Leher yang bersih ini akan bertanda lepas ni…

5 thoughts on “Bakal Menjalani Pembedahan Tonsil

  1. fuhhhh mahal betul pembedahan tonsil ya. zaman sekarang ni memang perlukan insurans.
    semoga cepat baik, dan tonsil tak berulang dan dipermudahkan segala urusan
    insyaaAllah setiap yg sakit ada penawarnya. saya pun pernah berurusan dengan customer2 yang ada tonsil ni.

  2. Alhamdulillah…saya pun kena tonsil juga tahun lalu…cuma tak lah buat pembedahan… cuma tonsil haritu siap boleh bertukar tukar tempat lagi…kadang kadang sakit sebelah kiri kadang kadang sakit sebelah kanan…seumur hidup tak pernah rasa…

    1. tonsil bertukar tempat? pelik tu…
      salah tu.. sakitnya yang bertukar tempat.. kita memang ada 2 tonsil di sebelah kanan dan sebelah kiri..
      kena cek betul2..
      kalau boleh dengan pakar ENT..
      sebab kalau doktor biasa dia anggap sakit biasa..
      macam saya, dah melibatkan pernafasan.. kalau tgk gambar tu dah tutup 3/4..
      kalau lambat mungkin penyakit kronik yang tiba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *