Triglyceride tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya usia 40 yang bakal ditempoh menandakan fizikalku semakin mengurang prestasinya. Jika pada awal tahun ini aku melakukan pembedahan tonsil dan kadar bacaanku berada di paras akan mengalami diabates, baru-baru ini aku mengalami satu lagi masalah baharu iaitu kadar Triglyceride tinggi.
Aku tak reti nak terangkan apa itu Triglyceride ni. Cukuplah kalau aku katakan ia adik beradik dengan kolesterol. Ia merupakan lemak yang dibawa dalam aliran darah yang sebahagian besar merupakan jenis lemak di dalam tubuh (rujuk :AloDokter).
Jadi ianya memang merbahaya kerana boleh mengakibatkan penyakit-penyakit kritikal lain seperti serangan jantung, angin ahmar dan sebagainya. Kira ngerilah kalau dengar penjelasan doktor tu.

Oo ye, mula-mula aku ceritakan sikit kronologi dulu. Pada minggu lepas, selepas aku rasakan tubuh badanku terasa lemah longlai dan berada dalam keletihan melampau aku ambil keputusan untuk ke Poliklinik Nazmir di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh. Mula-mula aku jumpa Dr, Nazir (lupa nama sebenar) dan doktor menasihatkan untuk mengambil sampel darah untuk dilakukan ujian makmal.
Aku bernasib baik sebab Klinik ini merupakan panel jadi caj sehingga RM155 itu boleh dimasukkan dalam bayaran rawatan yang ditanggung oleh Jabatan. Terima kasih Lembaga Perumahan Melaka. Sebelum terlupa, aku ke Poliklinik tersebut pada hari Jumaat iaitu jam 10.00 pagi. Dekat je dengan pejabatku.


Aku menerangkan serba sedikit termasuk tentang diriku yang mungkin ada diabetes. Selepas darahku diambil, doktor memaklumkan keputusan mungkin dalam 3 hari bekerja. OOo, ingatkan on the spot. Tapi takpelah. Tak perlu nak tergesa-gesa.

Esoknya pada pagi sabtu aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Poliklinik Nazmir yang memaklumkan keputusan ujian darah telah diketahui dan boleh berjumpa doktor pada hari tersebut. Tapi aku tak dapat pergi sebab waktu diberitahu pun dah jam 3.00 petang dan aku pula perlu menjaga anakku. Maka aku minta tangguh pada hari Isnin berikutnya.
Pada hari Isnin selepas selesai kawad latihan Hari Merdeka, aku terus ke Poliklinik Nazmir dengan hati berdebar. Kali ini Dr Amirudin pula menjadi consultant aku. Doktor Amirudin menerangkan sedikit sebanyak berdasarkan keputusan makmal tersebut.Dari segi glucose aku tak terkejut apabila ia mencecah angka 8.3 mol sebab pada waktu kejadian pagi tu aku layan Milo Kosong dan nasi goreng.
Jadi angka 8 tu memang ada kebarangkalian. Cumanya ia lebih baik dari Ujian Darah (puasa ) pada bulan Mac lalu di Hospital Pantai dimana angkanya adalah 8.8 dalam keadaan puasa (puasa dalam kesihatan ini bermula jam 12.00 pagi hingga ke waktu ujian darah diambil). Doktor juga bertanya samada aku telah ambil ubat. Aku memaklumkan bahawa ketika ini aku hanya mengamalkan diet makanan tanpa ubatan.
Tapi ubat kolesterol ada diberi oleh doktor di Hospital Jasin.
Dalam laporan Kolesterol, doktor memaklumkan keadaanku tidak baik. Jumlah Kolesterol telah melebihi paras normal dimana angkaku adalah 6.8 melepasi tahan 5.2 mmol/L ke bawah.
Yang lebih menggusarkan adalah angka Triglyceride dimana angkanya adalah 5.12 mmol/L iaitu jauh dari angka normal 1.68 ke bawah. Ia menyebabkan keputusan LDL tidak dapat dibaca.
Keadaan ini menyebabkan doktor mencadangkan untuk mengambil ubat kolesterol bagi mengurangkan keadaan ini.
Doktor telah memberikan ubat Rosucor yang perlu dimakan selepas malam. Aku terima keadaan tersebut dengan hati terbuka.
Lagipun kena akui dulu arwah bapa pun kolesterol tinggi. Jadi aku kena bersiap siaga untuk menghadapi keadaan ini.
Selain dari trigliserida, kadar uric acid pun dah nak capai border untuk kena ghout. Selain itu ujian urine pun katanya ada ‘occasional amorphous urates’.
Apa tu? Macam tanda-tanda ada benda je. Yang lain-lain macam keratin, buah pinggang masih dalam keadaan normal. Tapi aku kena mulakan :-

1) Pemakanan yang SIHAT. Yang ini merupakan cabaran. Sekarang ni aku cuba jauhkan diri dari air gula. Kalau waktu bekerja atau duduk kat rumah, ianya mudah tapi bila ada kursus atau rumah kahwin memang mencabar terutama bila tiada disediakan air mineral. Memang payah.
Tapi itu bukan alasan. Aku kena juga elakkan air gula. Makanan daging merah macam daging lembu, kambing perlulah ku elakkan sehabis baik. Daging ayam dan ikan boleh dimakan tapi bukan digoreng. Kena cari yang sup dan kukus bagi mengelakkan Triglyceride bertambah tinggi yang boleh menyempitkan lagi saluran darah.

2) Senaman. Mungkin korang tau yang aku minat BERLARI. Tapi sebenarnya ia ada kaitan dengan kadar kesihatan. Aku rasa bermula puasa Ramadhan hingga kini, kadar larianku agak berkurang. Sehingga kini aku hanya mencatat jarak 87.9km iaitu terlalu jauh dari sasaran 400 km setahun. Ini juga salah satu menyebabkan kolesterol dan lemak-lemak berkumpul walaupun dari segi fizikalku telah mula menurun.

zool-fatih-melaka-balloon-run

3) Ubat. Aku sebenarnya tak nak bergantung pada ubat tapi kenyataan yang terpaksa ku terima perlu dipatuhi.DISPLIN adalah kuncinya.

4) Mencari ILMU. Ye, sebagai seorang yang berpenyakit kena ikhtiar agar ia tidak menjadi lebih buruk. Kena banyak membaca dan buku yang pernah beli tempohari perlu diselongkar semula. Selain itu boleh juga cari info di internet atau cuba masuk komuniti.

5) Elak stress. Ini pastinya cabaran besar yang perlu kuhdapi. Macam mana agaknya nak tangani stress? Sebab ia boleh berlaku terutama di tempat kerja. Beberapa minggu ni pun aku agak tertekan dengan kerja-kerja pejabat. Ini sedikit sebanyak memberi kesan pada saluran darah tu.

6) Tawakkal kepada Allah. Aku berdoa supaya aku mendapat kesihatan yang baik. Sekurang-kurangnya tidak sampai tahap menyebabkan orang lain susah. Dan kalau boleh aku ingin BERBAKTi kepada anak-anakku (semoga dapat tambah) dan ingin melihat mereka dewasa. Mohon aku mempu melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Okay, cukuplah ceritaku pada hari ini. Kepada korang yang masih sihat tu, amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat kerana kesihatan itu tidak boleh DINILAI dengan wang ringgit.

3 thoughts on “Triglyceride tinggi

  1. Allahuakbar…aku nak komen lebih2 pun x pandai sebab bukan doktor…jadi ikut la nasihat doktor…aku sendiri tak pegi check kat doktor umur 40 ni…seram pulak dengar…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *