Pindah Rumah , Jadi pengguna Tello Dji

Assalamualaikum semua.
Hari ni aku tulis 2 cerita dalam satu entry. Dah lama tak menaip kat blog ni. Nanti bersawang pula. Tapi bila aku tengok kat Google Analytics kejap tadi, boleh tahan juga traffik blog ni. Lebih kurang 2.1K dalam tempoh 28 hari.
Kira okaylah tu sebab aku bukanlah sepopular blogger macam Emas Putih atau Hasrul Hassan. Blogger dah 40 tahun lagi lah susah nak cari traffik kan?
Tapi boleh lepas angka 2K sebulan kira ada tempat juga tu. Oo ye, kalau tengok kat Google Analytics, ramai yang singgah kat entri Pengalaman Pembedahan Tonsil.
Teringat kenangan sakit tahun lepas tu. Pergh!! Tak sanggup nak ingatkan lagi tu.. Diharap mereka-mereka yang singgah kat entri tu dapat manfaatnya. Memang nampak ramai yang mengalami masalah mengenai tonsil tu. Inshallah kalau ada kelapangan aku cuba buat ebook sikit pasal TOnsil tu..

Berbalik semula kepada aktiviti minggu ini.Aku ambil cuti hari Jumaat lepas sampai le Isnin dan akan disambung ke Selasa. Memang panjang. Bukan nak sambut Krismas ye, tapi sebab ada cuti jadi ambil peluang untuk habiskan.
Lagipun aku nak berpindah rumah pada hujung tahun ni. Jadi kenalah cuti untuk menyiapkan pelbagai barang.Sesiapa yang baca entri pengalaman buruk aku dengan kedai perabot mungkin terasa emosi sama juga kan?
Ye, memang mencabar membeli perabot dan setelah 3 bulan akhirnya aku berjaya menyelesaikan kes tersebut. Menariknya juga aku dapat potong payment syarikat terbabit sebanyak RM500 dan dapat satu board cantik yang mungkin harganya bernilai lebih dari RM500.
Memang satu pengalaman yang agak perit dan aku akan cuba berkongsikan PENGALAMAN ini dalam bentuk buku. Inshalllah aku juga akan berkongsi tips-tips yang boleh korang lakukan sekiranya menghadapi isu yang sama.
Dari kisah ini juga aku baru tau betapa ramai orang pernah ditipu oleh syarikat-syarikat perabot yang sebenarnya ‘sub’ kerja kepada kontraktor lain. Banyak juga isu-isu lain yang menyebabkan ramai pembeli tertipu dengan perangai syarikat perabot.
Aku akan cuba kupaskan dalam bentuk buku sebab lebih mudah untuk dirujuk nanti. Kalau tulis dalam blog, agak terhad sedikit kupasannya. Doakanlah aku berjaya menunaikan hajat untuk buku itu pada tahun depan. Aku jangkakan dapat menaip dalam bulan Januari nanti dan proses editing mungkin ambil masa dalam 3 bulan. Inshallah kalau MAMPU aku nak publish buku sebelum raya.
Kenapa? Sebab aku yakin ramai yang akan beli perabot untuk hari Raya dan ramai yang akan mengalami masalah yang sama. Percayalah, untuk membeli perabot kita kena tahu apa perlu dilakukan. Samada berjaya beli yang dihajati atau tidak seperti yang diimpikan.

Okay, pada hari Jumaat tu aku dapat menyelesaikan penghantaran barang-barang dengan menyewa lori dari Nawa Logistic ( website dia down plak. Tak boleh nak link). Kalau ikut hari tu nak cuba The Lorry tapi memandangkan Nawa Logistic tu dekat maka ambil je la.
Harga pindah kira berbaloi juga le sebab lori memang tutup habis. Jadi takdelah takut kalau pakai lori dan hujan pula time tu. Takde tambahan pekerja dan aku sama-sama bantu tokey merangkap kuli. Hahahahah. Kesian dok ada. Tapi ye lah, meniaga camni biasalah. Kadang-kadang kena hadap sendiri je . Satu pengajaran buat diriku bahawa bukan mudah nak berbisnes ni.
Pemasangan ASTRO pun dilakukan pada hari sama. Kena lah sikit tapi kira puas hati juga sebab yang buat tu dapat siapkan dalam masa tu juga. Nasib baik juga kawasan taman baru tak hujan pada waktu tu. Kira bertuah juga le. Selamat sikit.
Bila nak pindah memang banyak yang kena buat. Ye, duit pun banyak terbang sebab asik pergi kedai Mr D.I.Y je. Itu pun banyak lagi barang tak beli ni. Nasib baik bulan ni ada sikit bonus. Bolehlah tampung-tampung sikit.

Bila pindah bukan mudah. Selain nak angkat barang, ada lagi sentimental value kat rumah lama. Hampir 5 tahun juga aku duduk kat rumah lama. Kariah pun ada yang dah kenal. Sekarang ni kena mula semula. Harap-harap kat sini akan lebih bermasyarakat lagi. Inshallah target nak join korban pada tahun ni. Mungkin kat taman baru ni le.
AMin..

Penghujung tahun ini aku juga telah memulakan hobi baru. Hobi bermain drone. Drone jenama Tello dari syarikat pembuat drone ternama DJi. Bagi sesiapa penggemar drone mesti kenal dengan Dji yang menghasilkan drone berkualiti tinggi iaitu ‘Phantom’. Tapi yang aku gunakan ni takde lah tahap cam Phantom tu. Tapi okaylah juga  bagi amatur.
Memang menarik juga bermain drone Tello ni. Dia hanya guna app dekat handphone sahaja dan kawal menggunakan handphone masing-masing. Dah hampir sebulan juga aku guna dan adalah 3 kali terlanggar tiang dan terjatuh.
Ada tu sampai tak boleh nak naik atas sebab kipas dia dah dekat dengan dia punya tempat imbang. Nasib baik aku ketuk-ketuk sikit dan boleh jadi.
Sememangnya drone Tello ni menarik untuk guna secara santai. Dia guna signal wifi handphone kita jadi jarak memang tak boleh jauh sangat berbanding drone lain yang mahal. Yang ni kira drone paling murah bagi keluaran DJi(kalau tak silap).
Harga kat Lazada antara RM400-RM600 tengok tawaran dengan aksesori masing-masing. Dari segi kualiti gambar agak baik sebab dapat 5MP. Kira berbaloi la tu kalau nak guna untuk suka-suka. Kalau nak buat bisnes mungkin agak sukar sikit la.
Dari segi ketinggian aku dah cuba dimana paling tinggi adalah 9.8 meter sahaja. Kalau nasib baik mungkin boleh cecah 10 meter tu. Dari segi kegunaan bateri memang agak cepat habis terutama kalau korang buat recording. Aku penah 10 minit tak henti tapi tak banyak ambil gambar dan record.
Kalau ambil gambar dan record, 2 minit boleh habis tu. Untuk charging bateri dia tak susah sebab dia compatible dengan port handphone android. Jadi tak perlu nak beli charger hal. Cuma aku tak faham lagi berapa lama perlu charge. Aku charge je dalam 4-5 jam. Bolehlah tahan 10 minit kalau tak ambil gambar dan record.
Korang tengoklah beberapa gambar ni. Amacam? Cantik kan.

Inilah dia Drone jenama Tello, Sebesar tapak tangan si Zool sahaja
Gambar ambil dari kebun mak
Bergambar di kubur bapa menggunakan drone Tello.
Berselfie dengan Tello ketika bekerja di PPR Tehel. Agak gelap. Tello ni takde flash ye

 

Kalau berkenan,cuba tengok kat link Lazada kat bawah ni.

[ Dapatkan Tello Drone di Lazada ]

Okay cukuplah serba sedikit perkongsian aku. Aku tak pasti samada terdapat lagi entri sebelum tamat tahun 2018 ni. Tapi akan ada juga entri sasaran aku tahun hadapan jika diizinkan. Inshallah.
Semoga kita semua semakin berjaya pada tahun hadapan.

One thought on “Pindah Rumah , Jadi pengguna Tello Dji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.